Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
79) BANJIR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan untuk mengurangkan kejadian banjir di kawasan hotspot?
Kerajaan Negeri telah memberi tumpuan kepada daerah-daerah yang mempunyai kawasan hotspot banjir yang tinggi seperti daerah Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan negeri P13 sebanyak RM351.7juta dalam RMK-11 untuk pembangunan projek tebatan banjir dan juga menaiktaraf saliran. Antara projek yang telah siap adalah projek Menaiktaraf Sungai Jeluh yang dapat mengurankan berlakunya kejadian banjir di pekan
-
Adakah Kerajaan Negeri memberikan bimbingan yang perlu kepada mangsa- mangsa banjir yang mengalami post-traumatic stress disorder?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) tiada memberikan bimbingan yang perlu kepada mangsa-mangsa banjir yang mengalami post-traumatic stress disorder. Namun begitu, kerajaan negeri melalui jabatan-jabatan lain ada memberikan bimbingan yang perlu kepada mangsa- mangsa banjir mengikut kepada
-
Tahun 2016 berapakah wang dibelanjakan untuk mencegah banjir?
Pada tahun 2016, sebanyak RM 53.7 juta peruntukan pembangunan negeri P13 akan digunakan untuk projek-projek mencegah banjir. Selain itu, sebanyak RM48juta peruntukan Caruman Parit telah dibelanjakan sehingga kini. Perbelanjaan peruntukan ini adalah termasuk bayaran kepada perunding dan juruukur untuk rekabentuk terperinci dan juga bayaran bagi kerja-kerja fizikal untuk projek dalam pelaksanaan.