Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
72) PERBADANAN WAKAF SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan rumah telah beroleh kebenaran merancang bina atas tanah- tanah wakaf?
Berikut ialah bilangan rumah beroleh kebenaran merancang bina atas tanah-tanah wakaf:
BIL
NO LOT
TARIKH KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG
BILANGAN RUMAH (UNIT) JENIS
1.
Lot 3681 GM 248
Jalan Kebun Mukim Klang, Daerah Klang
26 Mac 2015
14
Rumah berkembar 1 ½ tingkat
14
Rumah berkembar 2 tingkat.
2.
Lot 3734 GM 249
Jalan Kebun Mukim Klang, Daerah Klang
26 Mac 2015
28
Rumah berkembar 2 tingkat.
3.
Lot 4944 EMR 6695
Jalan Teratai, Mukim Kapar, Daerah Klang
2 Disember 2015
13
Kedai pejabat 2 tingkat
33
Bazar (Strata)
4.
Lot 3705 GM 247
Jalan Kebun Mukim Klang, Derah Klang
13 Januari 2016
164
Rumah pangsapuri
4
Kedai pejabat.
5.
Lot 2338 GM 3659,
Jalan Limau, Meru, Daerah Klang
29 April 2016
17
Rumah tingkat
teres
2
20
Rumah tingkat
teres
1
6.
Lot 2226 GM 78 Jalan Kasban, Meru, Daerah Klang,
24 Ogos 2016
36
Rumah tingkat
teres
2
JUMLAH
343
-
Apakah status terkini pembangunan tanah di Jalan Teratai Dan Jalan Limau Dun Meru?
Berikut ialah status terkini pembangunan tanah di Jalan Teratai dan Jalan Limau DUN Meru:
BIL. NO. LOT JENIS PEMBANGUNAN STATUS TERKINI 1.
Lot 4944, EMR
6695, Jalan
Teratai, Mukim
Kapar, Daerah Klang
Projek pembangunan komersial yang mengandungi 13 Unit
Kedai Pejabat 2 Tingkat dan 33 Unit Bazar (Strata)
– Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi pada 2 Disember 2015;
– Telah memperolehi kelulusan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada industri pada 20 Julai 2016;
– Dalam proses bayaran premium tanah sebelum permohonan mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan
dikemukakan.
2.
Lot 2338 GM 3659
Jalan Limau, Meru, Daerah Klang
Projek pembangunan rumah kediaman berjumlah 37 Unit
yang mengandungi 17 Unit Rumah Teres 2 Tingkat dan 20 Unit Rumah Teres 1 Tingkat
– Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi pada 29 April 2016;
– Telah memperolehi kelulusan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada industri pada 22 Ogos 2016;
– Permohonan mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan telah dikemukakan pada 9 September 2016.
3.
Lot 2788, Jalan
Limau, Batu 7, Meru, Daerah Klang,
Projek pembangunan rumah kediaman berjumlah 37 Unit
Rumah Teres 2 Tingkat.
– Permohonan mendapatkan kelulusan Kebenaran
Merancang telah dikemukakan pada 16 Oktober 2016 dan kini masih menunggu keputusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Bagaimanakah status pemilikan kepada pembeli bagi rumah dan tanah tersebut?
Projek pembangunan di atas tanah wakaf akan menggunakan konsep pajakan (leasehold) 99 tahun selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bil 4/2012 bertarikh 28 Ogos 2012 dimana tanah wakaf yang dibangunkan serta pemilikan tanah tersebut tetap kekal milik MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf;
Manakala Penerima Pajakan hanya diberikan kebenaran atau manfaat serta kebebasan menghuni rumah yang dibekalkan namun Penerima Pajakan dibenarkan untuk mewariskan, menyerahkan atau memindahkan pajakan tersebut dengan persetujuan dan kelulusan pihak MAIS;
Selain itu juga, satu perjanjian pajakan akan dimeterai antara pihak MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf dan Penerima Pajakan; dan
Memorandum Pajakan Tanah (Borang 15A) akan dilaksanakan dan didaftar di Pejabat Tanah dimana nama Penerima pajakan akan didaftarkan di dalam geran.