Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
60) BENTENG MENCEGAH BANJIR AKIBAT FENOMENA AIR LAUT PASANG BESAR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah dan tindakan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan benteng yang dibina di persisiran pantai kukuh dan tidak pecah akibat kesan fenomena air pasang besar?
Langkah-langkah dan tindakan dari Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) adalah sentiasa melakukan pemantauan berkala di daerah untuk memastikan ban dalam keadaan baik. Selain itu JPS juga melakukan kerja menaiktaraf ban pantai yang
Untuk jangka masa panjang, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah mencadangkan kerja-kerja menaiktaraf ban pantai sepanjang 70km yang melibatkan 5 daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
-
Berapakah jumlah bajet yang disediakan untuk kerja-kerja mengukuhkan benteng tersebut?
Peruntukan bagi pembaikan ban adalah sebanyak RM4,3juta dan sedang dijalankan.