Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

31) RANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENAMBAHBAIK KUALITI UNISEL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk menambahbaik kualiti di UNISEL?

    Rancangan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik kualiti di UNISEL adalah seperti berikut :

    1. Pemberian dana oleh Kerajaan Negeri Selangor – melalui peruntukan tambahan untuk membaiki prasarana asas seperti pemasangan penghawa dingin baru di kelas-kelas dan pejabat-pejabat pentadbiran dan fakulti; kadar kelajuan internet di kampus dipertingkatkan ; pemasangan 500 unit AP atau wifi access point di setiap bangunan di kampus Bestari Jaya bagi memastikan capaian internet lebih meluas ; bagi memastikan fasiliti pembelajaran dan pengajaran yang lebih moden, canggih dan terkini, 200 unit Virtual Desktop infrastructure (VDI) dipasang untuk kedua-dua kampus ; pembelian sistem pengurusan Universiti yang baru untuk memastikan pentadbiran serta pengurusan digital lebih efisyen dan kaedah pengajaran yang
    2. Proses Rasionalisasi fakulti dari lapan kepada empat sahaja – bagi memantapkan fakulti dan proses ini akan memperlihatkan pemantapan program-program sedia ada dan memperkenalkan program-program baru berdasarkan keperluan pasaran pekerjaan;
    3. Menaik taraf Asrama MAIS di kampus Shah Alam;
    4. Memperkenalkan Skim Dermasiswa iaitu pendidikan dengan yuran percuma untuk Tahun Asas Pengurusan; Teknologi Maklumat; Sains dan Pendidikan (TESL);
    5. Peruntukan Dana Pengantarabangsaan kepada pelajar UNISEL berjumlah RM250
  2. Adakah pendapatan UNISEL mencukupi bagi membiayai kos keseluruhan UNISEL?

    Kos operasi mencukupi

  3. Apakah kewajaran Kerajaan untuk meneruskan operasi UNISEL?

    UNISEL merupakan sebahagian dari Corporate Social Responsibility Kerajaan Negeri Selangor dan seharusnya berbangga kerana ianya adalah satu-satunya Universiti yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri di

     

Lampiran

Tiada Lampiran.