Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

28) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pembangunan kiosk pelancongan di Taman Saga, Ampang di bawah DUN Teratai akan siap?

    Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya sedang menyediakan rekabentuk kiosk pelancongan secara lengkap dan proses pembangunan kiosk dijangka akan memulakan pembinaanya pada awal tahun 2017 dan jangka masa siap adalah pada awal tahun

  2. Berapakah perbelanjaan digunakan untuk mempromosikan pelancongan Selangor dalam tahun 2013-2016?

    Berikut merupakan jumlah perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mempromosikan pelancongan Negeri Selangor dalam tahun 2013 – 2016 (Oktober)

    TAHUN JUMLAH PERBELANJAAN

    (RM)

    2013 900,655.52
    2014 2,136,512.57
    2015 3,361,847.37
    2016 (Oktober) 1,102,245.10

    Perbelanjaan adalah merangkumi acara promosi dalam dan luar negara, pengiklanan, acara pelancongan dan program publisiti.

     

  3. Apakah perancangan dan pelan tindakan industri pelancongan Selangor?

    Berikut merupakan pelan strategik Promosi Pelancongan Tourism Selangor:-

    BIL. PELAN STRATEGIK

    PROMOSI PELANCONGAN

    KETERANGAN
    01. Penjenamaan Kempen ·         “Discover Selangor, Heart of Malaysia” merupakan kempen peningkatan kesedaran dan juga permintaan di dalam pasaran utama bidang pelancongan seterusnya meletakkan aras yang jelas untuk memberikan produk pelancongan yang berkualiti serta servis yang terbaik.

    ·         Strategi pemasaran yang unik dan kreatif

    ·         Kempen promosi yang menggalakkan pengalaman, acara, infrastruktur serta pembangunan dan peningkatan jualan

    perniagaan pelancongan.

    02. Meningkatkan permintaan (demand) daripada pasaran Negara China, India dan pasaran baru. ·         Menambah peningkatan jumlah pelancong dan jumlah resit pelancongan

    ·         Mempergiatkan siri promosi di bandar- bandar menengah (second-tier cities) di Negara China seperti, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Kunming, Chengdu dan Dongguan. Manakala Negara India adalah seperti, Lucknow, Jaipur, Kochin dan Srinagar.

    ·         Meningkatkan penglibatan program promosi luar negara di dalam pasaran baru.

    ·         Menggalakkan peningkatan pakej

    „inbound‟    untuk    produk    pelancongan Negeri Selangor.

    03. Membina kapasiti digital yang kompetetif ·         Meningkatkan penggunaan kaedah pemasaran digital dalam program promosi dan pengiklanan

    ·         Menyampaikan peranti dan aplikasi yang

    memenuhi keperluan pelanggan dalam sasaran digital dan dalam talian.

    04. Menggalakkan pelaburan ·         Meningkatkan    sumbangan    di     dalam
      dan perniagaan pelancongan bidang pelancongan perniagaan / MICE.

    ·         Bekerjasama dengan pihak Invest Selangor untuk menarik pelabur dalam bidang pelancongan

    ·         Dengan pertumbuhan ekonomi Selangor, segmen pelancongan perniagaan merupakan peluang yang besar untuk memacu pertumbuhan dalam kedua-dua lawatan pelancong antarabangsa dan domestik – untuk perniagaan (business) dan percutian (leisure)

    ·         Strategi ini dirancang untuk menggalakkan pelancong perniagaan (business traveller) untuk,

    i)                    Membawa Rakan

    ii)                  Tinggal dengan lebih lama

    iii)                Kembali ke Selangor semula untuk bercuti

    05. Acara Pelancongan ·         Acara pelancongan memainkan peranan yang penting dalam merancakkan aktiviti promosi pelancongan dalam dan luar negara

    ·         Acara pelancongan juga membantu di dalam kekuatan penjenamaan kempen “Discover Selangor, Heart of Malaysia”

    ·         Mempromosikan kalendar acara pelancongan yang berlangsung di Negeri Selangor termasuk acara yang dianjurkan oleh organisasi luar yang dapat menarik para pelancong dalam dan luar negara.

    ·         Mempromosikan acara berkonsepkan pelancongan sukan yang semakin

    mendapat perhatian.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.