Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
17) ADUAN BANJIR BERTERUSAN DARI PENDUDUK DI BANDAR PUTERI KLANG. WALAUPUN SATU KOLAM TADAHAN BANJIR TELAH DI BUAT DI BANDAR BOTANIC, BERSEBELAHAN DENGAN BANDAR PUTERI BANJIR MASIH BERLAKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca utama kolam tadahan itu tidak berkesan? Huraikan.
Kolam takungan banjir bandar Botanik telah dibina oleh pemaju bandar Botanik. Punca utama kolam tadahan banjir tidak berkesan disebabkan sistem saliran utama disepanjang jalan kebun nenas tidak sempurna dan tidak dinaiktaraf untuk menyalurkan air banjir dari kolam takungan banjir bandar botanik ke Sungai Aur. Pada masa ini, pihak pemaju telah siap menaiktaraf saliran utama jalan kebun nenas daripada saluran keluar kolam ke Sungai
-
Berapakah keluasan kolam yang terlibat dan jumlah kapasiti yang boleh di simpan di situ?
Keluasan kolam takungan banjir Bandar Botanik 54,784 meter persegi dan mempunyai kapasiti 164,352 meter
-
Mengapakan kolam itu kelihatan cetek dan berapakah dalamnya? Huraikan.
Kolam takungan banjir Bandar Botanik mempunyai kedalaman purata 3 meter sahaja berdasarkan cadangan rekabentuk dan pelan pra hitungan selepas siap pembinaan. Kolam tersebut dilihat cetek kerana mempunyai tadahan paras air kekal setinggi 1 meter yang dikawal oleh struktur saluran keluar kolam tersebut. Oleh demikian kolam tersebut hanya dapat menampung air banjir yang disalurkan ke kolam takungan banjir untuk ketinggian 2 meter