Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

15) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik mengikut daerah.

    Panel Dialisis Sihat Selangor telah dilancarkan pada 2015 dan jumlah panel yang telah di lantik pada tahun pertama penubuhannya adalah sebanyak 20 buah dimana jumlah pesakit dialisis di bawah Panel Dialisis Sihat Selangor adalah sebanyak 195 pesakit. Perincian mengikut daerah adalah seperti Jadual berikut :

    DAERAH BILANGAN PANEL JUMLAH PESAKIT
    Petaling 12 139
    Hulu Langat 3 11
    Klang 3 19
    Kuala Selangor 2 26
    JUMLAH 20 195

    Jadual : Bilangan Panel Dialisis mengikut daerah

    Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri akan menambah sekurang-kurangnya 50 Panel Dialisis yang akan bekerjasama dalam melaksanakan Program Bantuan Kesihatan Selangor.

  2. Nyatakan jumlah pesakit dialisis di bawah Panel Dialisis Sihat Selangor mengikut daerah.

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan mengekalkan Bantuan Kesihatan Sihat Selangor RM2000 untuk pesakit dialisis pada tahun depan?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap rakyat terutama bagi golongan yang kurang kemampuan dan mempunyai masalah kesihatan. Kerajaan Negeri akan meneruskan dan menambahbaik Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor dari masa ke semasa terutama kepada pesakit dialisis. Sebanyak RM1,000 hingga RM5,000 akan disalurkan kepada pemohon mengikut kelayakkan yang telah

    ditetapkan. Selain menambah bilangan penerima dan jumlah bantuan pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu sistem Permohonan secara atas talian bagi memudahkan permohonan dan semakan status kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.