Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
13) SELANGOR INTERNATIONAL EXPO (SIE)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dan objektif penganjuran SIE?
Matlamat penganjuran SIE adalah seperti berikut;-
- Mempromosikan negeri Selangor sebagai hub perdagangan
- Menjadi platform bagi syarikat-syarikat tempatan dan asing (multinational) dan perusahaan sederhana dan kecil untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta memberikan peluang kepada mereka untuk menarik pelabur yang berpotensi untuk bekerjasama.
- Mewujudkan platfom kepada usahawan dan entiti korporat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini.
- Menjadi saluran pemasaran, kolaborasi dan kerjasama dengan organisasi lain sama ada dalam dan luar Negara iaitu pengusaha industri, usahawan dan
- Memberi pendedahan dan maklumat mengenai produk dan teknologi terkini yang dihasilkan di Selangor serta untuk mempromosikan „BUATAN SELANGOR‟.
-
Apakah KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi penganjuran tahun ini?
SIE yang diadakan masih diperingkat permulaan dan tiada KPI khusus yang disasarkan kerana objektif penganjuran SIE adalah untuk mempromosikan Selangor sebagai Hub perdagangan global. Selain itu, ianya menjadi platform bagi syarikat-syarikat tempatan dan asing (multinational) dan perusahaan sederhana dan kecil untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta mencari peluang untuk pasaran luar Negara.
SIE 2015 yang telah diadakan berjaya menarik minat syarikat tempatan dan asing dengan 400 gerai pameran. Dari jumlah ini sebanyak 218 adalah daripada syarikat tempatan dan sebanyak 182 daripada syarikat asing yang terdiri daripada syarikat dari Taiwan, Thailand, China, Vietnam dan United Kingdom.
Pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari ini berjaya menarik seramai 4,315 pengunjung yang terdiri daripada 1,906 pelawat untuk tujuan perniagaan, 2,367 orang awam dan 43 daripada syarikat asing. Pameran ini berjaya mewujudkan transaksi perdagangan dengan anggaran nilai sebanyak RM 5 – 10 juta.
Antara sektor-sektor industri tumpuan yang terlibat dalam pameran ini adalah seperti;-
- Industri pembuatan barangan elektrik dan elektronik,
- Sains hayat,
- Industri halal,
- Peralatan pengangkutan, dan pembuatan
- Jentera dan peralatan
Manakala bagi SIE 2016, tumpuan diberikan kepada 3 sektor utama iaitu produk dan perkhidmatan halal, Sains Hayat (Life Sciences) sert e-Dagang dan startup.
Jumlah pelawat telah meningkat kepada 10,689 pengunjung di dalam SIE 2016 berbanding hanya 4,315 pengunjung pada SIE 2015.
Dari jumlah 10,689 pengunjung pada SIE 2016, seramai 8,520 pengunjung (79.7%) adalah „trade visitor‟, manakala selebihnya iaitu 2,169 (21.3%) adalah orang awam.