Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

7) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra dalam pembelian rumah di Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini, Kerajaan Negeri menggunapakai  „Blue  Print‟  Perumahan   Negeri   Selangor   sebagai   panduan dalam menetapkan peruntukkan kuota Bumiputera di dalam sesebuah Peruntukkan kuota Bumiputera ini mengambilkira faktor penempatan penduduk, ekonomi semasa serta aktiviti sosial setempat disamping penganalisian terhadap kedapatan tanah- tanah berpotensi yang boleh dibangunkan.

    Oleh itu, peruntukkan kuota Bumiputera bagi sesebuah pembangunan itu adalah di antara 30% hingga 70% mengikut kawasan. Walaubagaimanapun, keputusan akhir penetapan kuota Bumiputera adalah tertakluk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam proses penyediaan kajian   semula   „Blue   Print‟   Perumahan   tersebut   dan   dijangka   siap   dan digunapakai pada Tahun 2018.

  2. Adakah perbezaan garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra pada penjualan rumah Selangorku?

    Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukkan kuota Bumiputera pada penjualan rumah Selangorku juga berpandukan kepada „Blue Print‟ Perumahan Negeri Selangor. Namun begitu, keputusan akhir dalam memperuntukkan kuota Bumiputera bagi rumah Selangorku adalah tertakluk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

     

  3. Adakah penghapusan Kuota Bumiputra terpakai pada penjualan rumah Selangorku?

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini tidak ada satu mekanisma bagi pelepasan kuota Bumiputera untuk Rumah Selangorku. Namun, dalam kes- kes tertentu, terdapat kaedah di mana bagi pemaju yang telah menerima senarai nama bakal pembeli selepas 6 bulan dari tawaran nama pertama dilaksanakan atau sekurang-kurangnya 3 kali tawaran nama daripada LPHS adalah di benarkan membuat penawaran terbuka. Syarat kelayakan pemohon diberikan kelonggaran di mana pemohon secara individu berpendapatan tidak melebihi RM 10,000.00 sebulan dan pemohon sahaja tiada pemilikan kediaman dan bukan diambilkira bersama pasangan berbanding dengan penetapan proses penawaran biasa/merit.

    Pemaju boleh membuat permohonan untuk kelonggaran syarat melalui proses penawaran terbuka kali kedua sekiranya masih terdapat unit yang tidak terjual di mana syarat di tetapkan adalah pemohon secara individu berpendapatan tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan dan pemohon yang telah mempunyai pemilikan kediaman adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, syarat pertimbangan untuk permohonan ini dibenarkan sekiranya kemajuan kerja di tapak telah mencapai 70% siap. Pada masa yang sama, LPHS melalui Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) akan menilai serta membeli unit- unit berkaitan dan hanya akan di sewakan ataupun di jual kepada pembeli melalui Program Dana Sel.

    LPHS melalui PHSSB telahpun membeli 100 unit Rumah Selangorku di kawasan Klang yang dijangkakan siap pada Tahun 2018.

    Sekiranya masih juga terdapat unit yang tidak terjual, pemaju boleh mendapatkan pelepasan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Nama Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan di mana pemaju boleh menjual unit berkenaan kepada orang awam secara bebas tanpa di kenakan syarat kepada pemohon dari segi pemilikan kediaman atau pendapatan. Kriteria kelayakan permohonan ini dibenarkan setelah projek siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) selepas tempoh 6 bulan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.