Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

4) PERUNTUKAN MARRIS KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang diterima dari Kerajaan Pusat untuk tahun 2016?

    Peruntukan MARRIS yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan selaras dengan ketetapan di bawah Perkara 109 (1) (b), Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2016 setakat 15 Oktober 2016 adalah sebanyak:

    TAHUN JUMLAH (RM)
    2016 412,521,584.09

    Berdasarkan jumlah tersebut, Kerajaan Negeri menjangkakan jumlah keseluruhan peruntukan MARRIS yang bakal diterima bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM493,775,835.53.

  2. Nyatakan pecahan peruntukan berkenaan mengikut agensi di Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor pada awalnya telah menetapkan sebanyak RM600 juta sebagai Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2016. Dari semasa ke semasa, terdapat kelulusan siling tambahan yang menjadikan Siling Kemaskini Peruntukan MARRIS Tahun 2016 sebanyak RM677,853,192.88.33. Beza diantara siling kemaskini tersebut dengan jumlah terimaan yang dijangka sepanjang tahun 2016 adalah ditampung menerusi baki terkumpul Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan negeri (MARRIS) itu sendiri.

    Pecahan Peruntukan MARRIS dan prestasi perbelanjaan mengikut agensi pelaksana setakat 15 Oktober 2016 adalah seperti berikut:

     

    BIL AGENSI PELAKSANA SILING ASAL (RM) SILING KEMASKINI (RM) PERBELANJA AN (RM) * (%)
    1 Jabatan Kerja Raya (JKR) 196,000,000.00 196,000,000.00 116,371,059.25 59.37
    2 Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) 2,000,000.00 2,000,000.00 1,477,963.00 73.89
    3 Pihak Berkuasa Tempatan

    (PBT)

    392,000,000.00 463,872,626.29 398,212,641.96 85.84
    4 Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) 10,000,000.00 10,980,566.60 9,512,832.13 86.63
    JUMLAH 600,000,000.00 677,853,192.88 525,574,496.34 77.54

    Berdasarkan jadual di atas, kesemua agensi pelaksana telah pun mencapai prestasi sekurang-kurangnya 70% kecuali Jabatan Kerja Raya (JKR) di atas faktor-faktor berikut:

    • Masih terdapat baki tanggungan atau komiten bayaran sebanyak RM32,495,487.81 yang akan dibayar pada tahun ini secara berperingkat. Sehubungan itu, jika mengambil kira perkara ini prestasi sebenar perbelanjaan semasa adalah sebanyak RM148,866,547.00 iaitu 95%;
    • Kebanyakan kerja-kerja penyenggaraan jalan yang dilaksanakan secara sebut harga dan kontrak berpusat di tapak telah selesai. Namun, dokumen tuntutan bayaran belum diterima sepenuhnya dari pihak kontraktor dan tuntutan yang diterima dalam tindakan semakan oleh JKR Daerah sebelum dikemukakan kepada JKR Negeri Selangor untuk pembayaran;
    • Bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan dibawah Kontrak Jangka Panjang (KJP) terdapat banyak pemotongan yang dibuat ke atas bayaran kontraktor kerana kerja-kerja rutin tidak dilaksanakan dengan sempurna;
    • Pihak kontraktor lewat mengemukakan dokumen tuntutan bayaran kerja siap mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  3. Apakah prestasi perbelanjaan mengikut agensi?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.