Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
3) PELABURAN MENERUSI E-DAGANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerjasama serantau bersama syarikat atas talian dan E-Dagang dalam usaha untuk membantu usahawan tempatan berdaya saing di peringkat global?
Antara kerjasama serantau yang dilakukan bagi membantu usahawan tempatan berdaya saing di peringkat global adalah seperti berikut;-
- SITEC telah bekerjasama dengan MDec dan Matrade/MITI dalam mempromosikan programme E-Trade dimana kerajaan pusat menggalakkan usahawan tempatan untuk menjual dalam platform antarabangsa seperti Amazon dan
- SITEC turut mengadakan beberapa programme bersama Amazon, Uitox (Taiwan), Zilzar (Halal Platform) dan Platform seperti Lazada dan 11th Street untuk mengadakan program membantu usahawan memasarkan barangan mereka di pasaran antarabangsa terutamanya Asia Tenggara, Asia Utara, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan
- Bagi program Startup, SITEC bekerjasama dengan pusat Accelerator terbesar di Asia iaitu Appswork di Taiwan untuk membawa pasukan Startup yang dibimbing melalui SITEC untuk mempromosikan produk serta syarikat mereka di pasaran
-
Apakah bentuk unjuran ia akan memberikan pulangan positif?
Program kerjasama di antara MATRADE dan MDEC yg dikenali sebagai Global Trade Export telah berjaya mengumpulkan 1,000 syarikat di seluruh Malaysia untuk menyertai program ini. Melalui Program E-Trade yang diperkenalkan oleh Matrade pada tahun 2014 akan mencapai sasarannya dengan membolehkan
sebanyak 1,000 syarikat menyertai dan mengunakan peruntukan yang di sediakan apabila program ini akan berakhir pada 31 Disember 2016.
Tahun 2016 menunjukkan lebih banyak syarikat mula mengambil peluang untuk mencuba pasaran antarabangsa berbanding hanya 473 syarikat yang menyertai pada tahun 2015. Bagi tempoh Januari 2016 sehingga Jun 2016 sebanyak 555 syarikat telah menyertai program ini. Separuh daripada syarikat tersebut (50%) adalah syarikat yang beroperasi di Selangor.
Antara 4 barangan Malaysia yang terlaris di pasaran antarabangsa ialah Durian (Musang King), Bird Nest, Kopi 3 in 1 dan Sparepaip Automotive. Ternyata fokus usahawan E-Dagang dan Startup kini adalah terhadap perniagaan merentasi sempadan antarabangsa dalam memperkenalkan produk mereka ke pasaran antarabangsa dan mencipta kesedaran kepada masyarakat dunia dalam usaha memperkenalkan produk buatan Malaysia di pasaran global.
-
Berapakah jumlah syarikat yang terlibat dan bentuk perniagaan yang dijalankan?
Jumlah peserta / syarikat yang mengikuti program SITEC dan jenis perniagaan yang dilakukan seperti berikut;-
Daerah Jumlah IKS % Petaling 103 51.5 Hulu Langat 38 18.5 klang 34 16.5 Gombak 11 5.3 Kuala Langat 4 2 Kuala Selangor 2 1 Sepang 3 1.5 Hulu Selangor 3 1.5 Sabak Bernam 2 1 Jumlah 200 100 Kategori Barangan Peratusan Barangan Kanak Kanak & Bayi 16.59 % Pakaian ( Fesyen Lelaki & Wanita ) 16.05 % Barangan Keperluan Rumah ( Home & Living ) 13.9 % Barangan Kesihatan & kecantikan 13.9 % Barangan Dapur ( Groceries ) 10.7 % Cara Hidup & Sukan ( Lifestyle & Sport ) 10.17 % Peralatan Elektronik 10.14 % Buku & Barangan Pendidikan 6.42 % Perkidmatan ( Services ) 2.14 % * Sumber : SITEC