Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

230) PRESTASI PASUKAN BOLA SEPAK SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Selangor untuk memajukan lagi sukan kegemaran warga Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk memajukan sukan bola sepak ini bersama Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Bolasepak Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif yang sewajarnya untuk meningkatkan prestasi kegemilangan bolasepak di Negeri Selangor. Terkini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk menubuhkan akademi bola sepak pada tahun 2016 ini dan pihak Majlis sedang dalam memperincikan lagi program pembangunan sukan bolasepak supaya ianya lebih berstruktur dan sistematik untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan bolasepak di Negeri Selangor.

  2. Apakah program untuk memupuk pelapis muda untuk memajukan sukan ini?

    Selain daripada program-program pembangunan anjuran dari kelab-kelab atau akademi bolasepak, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka satu pelan perancangan strategik dengan menubuhkan program pembangunan bolasepak Negeri Selangor sejajar dengan tema ’Smart Selangor’ dengan melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri dalam program pembangunan sukan bolasepak ini ke arah menubuhkan Akademi Merah Kuning (AMK).

    Sehubungan dengan itu, dua agensi kerajaan telah dikenalpasti telah menjalankan akademi bola sepak di negeri ini, iaitu Akademi Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Akademi Bolasepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) didapati aktif mengendalikan akademi bola sepak di Negeri Selangor sebagai satu ‘Corporate Service Responsibility’ (CSR), namun penglibatan kedua-dua agensi ini telah dilihat boleh membantu Kerajaan Negeri merealisasikan pembangunan bolasepak dengan lebih berkesan lagi di Negeri Selangor.

    Manakala di peringkat kebangsaan pula telah terdapat satu program akademi bolasepak yang lebih berstruktur di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Program ini dikenali sebagai `National Football Development Program’ (NFDP) yang dijalankan melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN), Sekolah Sukan Negeri dan Pusat Latihan Daerah (PLD) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah yang terpilih di setiap daerah di Negeri Selangor.

    Ketiga-tiga agensi ini digabungkan di bawah satu struktur sebagai satu program pembangunan bolasepak Negeri Selangor dan seterusnya ke arah penubuhan sebuah Akademi Elite yang dinamakan Akademi Bolasepak Merah Kuning yang bakal menempatkan pemain-pemain remaja terbaik bolasepak Negeri Selangor secara berterusan untuk memajukan sukan bolasepak ini di kalangan pelapis muda.

     

     

        KERAJAAN NEGERI SELANGOR    
               
     

    JK PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGERI SELANGOR

           
     
               
        MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR    
               
            PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR
       
               
                   
    AKADEMI BOLASEPAK PKNS

    ·          Kelana Jaya

      NFDP

    (National Football Development Program)

      AKADEMI BOLASEPAK PNSB

    ·          Shah Alam

                   
    AKADEMI

    BOLA SEPAK PKNS

    (Daerah- Daerah)

    ·          Gombak

    ·          Hulu Langat

    ·          Kuala Langat

    ·          Sepang

            AKADEMI

    BOLA SEPAK PNSB

    (Daerah-daerah)

    ·          Sabak Bernam

    ·          Kuala Selangor

    ·          Hulu Selangor

    ·          Klang

    USPTN / Sekolah Sukan Negeri / PLD

     

     
     
               
        AKADEMI BOLASEPAK

    MERAH KUNING

    Umur 18 – 21 thn

       
           
                   
    PASUKAN PKNS SELANGOR

    ·          Liga Perdana

    ·          Piala Presiden

    ·          Piala Belia

          PASUKAN PNSB SELANGOR

    ·          Liga FAM

    ·          Piala Presiden

    ·          Piala Belia

     

    PASUKAN SELANGOR

    ·          Liga Super

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.