Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

217) CUKAI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setiap negeri diwajibkan membayar cukai kepada Kerajaan Pusat. Perincikan cukai yang diterima oleh Kerajaan Pusat daripada Kerajaan Negeri

    Kerajaan Negeri adalah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi Perolehan Kerja, Perkhidmatan Perunding dan Perkhidmatan Bukan Perunding. Jumlah GST yang dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh 1 April hingga 31 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 hingga 30 Jun 2016 adalah, masing-masing, berjumlah RM15,737,962.02 dan RM10,195,933.11.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.