Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
199) LEBUHRAYA YANG AKAN DIBINA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan lebuhraya-lebuhraya yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah daripada Kerajaan Negeri, yang akan dibina.
Lebuhraya-lebuhraya yang telah mendapat kelulusan untuk dibina dan sedang dalam proses pengambilan balik tanah adalah seperti berikut:
BIL. LEBUHRAYA STATUS PENGAMBILAN TANAH 1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE)
Diluluskan 2. Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH) Diluluskan 3. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Diluluskan 4. East Klang Valley Expressway (EKVE) Diluluskan 5. Lebuhraya Putrajaya – KLIA (MEX II)
Diluluskan 6. Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) Diluluskan -
Berapa lebuhraya yang telah ditolak permohonan penggunaan tanah milik Kerajaan Negeri sejak 2013?
Sebanyak sebuah projek lebuhraya yang telah ditolak permohonan penggunaan tanah milik Kerajaan Negeri iaitu Lebuhraya Kinrara – Damansara (KIDEX) manakala sebuah lagi ditangguhkan iaitu Lebuhraya Serdang – Kinrara – Putrajaya (SKIP)
-
Apakah status Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang dimaklumkan kepada penduduk telah mengemukakan permohonan pada 8 Disember 2015?
Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak menimbangkan cadangan untuk pembinaan PJD Link di Selangor.