Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

194) IKLAN YANG TIDAK BERLESEN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan kepada iklan-iklan tidak berlesen termasuk iklan ÔAlongÕ yang berleluasa?

    Merujuk surat dari Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian perumahan dan Kerajaan tempatan, No. Rujukan : JKT.D.100-1/3/2 Jld. 3 (27) bertarikh 25 Ogos 2011 berkenaan Langkah-langkah Pembasmian dan Penguatkuasaan Larangan Iklan Tanpa Permit mengarahkan semua PBT bagi melaksanakan tindakan mengemukakan nombor talian telefon yang dipaparkan pada iklan haram di tempat/kemudahan awam kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan pembatalan talian telefon.

  2. Selain dari membatalkan nombor telefon yang dipamerkan apakah tindakan yang dilakukan?

    Tindakan kompaun akan dikenakan ke atas syarikat atau individu yang bertanggungjawab mempamerkan iklan tanpa permit di bawah Undang-Undang Kecil Iklan 2007. Selain itu, tindakan penguatkuasaan turut dikenakan ke atas pengusaha dan syarikat pengiklanan dan percetakan yang didapati bekerjasama dengan syarikat pinjaman berlesen ini dengan menyita iklan yang akan dipamerkan di bawah undang-undang yang sama.

  3. Apakah kesan dari tindakan ini?

    Walaupun pelbagai langkah dan inisiatif telah dilaksanakan untuk menangani masalah iklan haram ini tetapi ia dilihat kurang memberi impak dalam menanganinya. Penggubalan undang-undang khas perlu diwujudkan untuk memberi kuasa kepada agensi yang berkaitan dalam melaksanakan tindakan yang lebih tegas ke atas pihak yang bertanggungjawab yang terlibat mempamerkan iklan tanpa permit ini dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan ke atas pesalah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.