Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

179) SUNTIKAN VAKSIN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penolakan suntikan vaksin yang direkodkan di Selangor sehinggan Jun 2016

    Jumlah kes penolakan di negeri Selangor dari bulan Januari 2016 sehingga Jun 2016 di Selangor adalah sebanyak 74 kes (untuk kes kanak-kanak berdaftar di klinik-klinik kesihatan)

    BULAN BILANGAN KES
    JANUARI 14
    FEBRUARI 8
    MAC 7
    APRIL 25
    MEI 20
    JUN TIADA

    Antara faktor penolakan vaksin termasuklah;-

     i) Wujudnya golongan/ kumpulan antivaksin yang berpendapat;-

    • Kandungan vaksin yang haram dan tidak selamat
    • Kesan sampingan vaksin yang diperoleh daripada media masa dan internet
    • Mempunyai kepercayaan agama yang sempit di mana terdapatnya persepsi segala yang berlaku telah ditentukan/ditakdirkan
    • Terpengaruh dengan maklumat yang salah daripada rakan-rakan dan internet.
    • Anggapan berhadapan risiko rendah untuk mendapat jangkitan tanpa

    penggunaan vaksin.

    ii) Pengambilan supplementary homeopathy yang dipercayai boleh mencegah

    daripada penyakit-berjangkit

     

    iii)  Kos vaksin yang tinggi (bagi bukan warganegara)

  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memberi kesedaran berkenaan kepentingan suntikan vaksin kepada masyarakat?

    Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah;-

    1. Promosi untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pengambilan vaksin dijalankan melalui aktiviti bengkel, ceramah, seminar, forum, bual- bicara di antara anggota kesihatan dengan orang awam.
    2. Mewar-warkan tentang kepentingan vaksin dan kesan penolakan vaksin kepada masyarakat melalui penyampaian di dalam Khutbah Jumaat yang diadakan pada 15 Julai 2016.
    3. Memperkukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk meningkatkan promosi kepentingan imunisasi.
    4. Semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) diarahkan untuk mengenalpasti masyarakat yang mempunyai taraf sosio-ekonomi rendah yang mempunyai risiko gagal mendapatkan imunisasi yang lengkap untuk diberi imunisasi yang cicir.

Lampiran

Tiada Lampiran.