Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
170) PESAKIT AUTISME
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pesakit autisme yang telah didaftarkan di Selangor mengikut daerah.
Berikut adalah jumlah pendaftaran bagi Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bagi Kategori Masalah Pembelajaran jenis ketidakupayaan Autisme mengikut tahun 2014 hingga 2016.
BIL DAERAH TAHUN 2014 TAHUN 2015 TAHUN 2016 1. KLANG 182 88 60 2. GOMBAK 135 111 46 3. HULU LANGAT 79 89 61 4. HULU SELANGOR 44 21 17 5. PETALING 146 180 123 6. KUALA LANGAT 18 16 19 7. SEPANG 12 11 3 8. SABAK BERNAM 8 10 6 9. KUALA SELANGOR 8 9 12 JUMLAH 632 535 347 (Jawapan ini telah disediakan oleh Bahagian Orang Kurang Upaya dan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Darul Ehsan)
-
Apakah bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada pesakit autisme di Selangor?
Sepertimana yang telah diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor dalam Ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2016 yang lalu, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 akan diperuntukkan bagi melaksanakan Pusat Didikan Dan Terapi Smart Selangor atau DIDIK Smart Selangor.
Pelaksanaan pusat ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu golongan orang kurang upaya (OKU) autisme sebagai pusat sehenti bagi rawatan autisme yang diharapkan dapat mengurangkan beban keluarga terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor juga ada menyalurkan bantuan kewangan secara umum kepada OKU berdaftar di Selangor. Walau bagaimanapun bantuan tidak khusus kepada autisme sahaja bergantung kepada syarat-syarat layak menerima bantuan kewangan. Bantuan kewangan yang dimaksudkan adalah Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) dan Elaun Pekerja Cacat (EPC).