Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

166) TANAMAN PADI 5 KALI UNTUK 2 TAHUN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana kemajuan kajian cadangan tanaman padi 5 kali sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian bekerjasama dengan agensi seperti IADA Barat Laut Selangor, MARDI dan LPP yang sedang dilaksanakan di Sawah Sempadan, Tanjong Karang. Kajian ini telah masuk dalam musim ketiga pelaksanaan. Bagi musim ketiga ini, Jabatan Pertanian Selangor telah memberi bantuan dalam bentuk benih padi MR 269 untuk ditanam di kawasan projek kajian ini.

  2. Apakah halangan-halangan jika ada?

    Halangan utama adalah kecekapan infrastruktur yang melibatkan penyaluran air mengikut masa yang tepat kepada tanaman padi. Infrastruktur pertanian perlu dinaiktaraf bagi mengatasi halangan utama ini.

  3. Adakah langkah-langkah lain dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran padi?

    Langkah-langkah lain yang sedang diusahakan termasuklah:

    • Penggunaan jentera moden yang lebih cekap.
    • Penggunaan benih daripada variaty padi berhasil tinggi seperti MR 220 CL, MR 263, MR 269 dan MR 284.
    • Penggunaan baja natural farming dan plant booster.
    • Menaiktaraf infrastruktur sawah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.