Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

159) PERUMAHAN AIR MANIS, SABAK BERNAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek tersebut?

    Kerja-kerja ‘Soil Treatment’ dan Kerja Tanah pada peringkat 100% siap. Kerja-kerja berkenaan telah dimulakan pada 23 November 2015 dan siap pada 6 Jun 2016.

    PNSB dalam proses untuk melantik kontraktor bagi menjalankan kerja membina dan menyiapkan 6 unit rumah contoh sebelum jualan dilancarkan.

  2. Berapakah jumlah rumah yang akan dibina di kawasan tersebut?

    Keseluruhan unit rumah yang akan dibina adalah berjumlah 396 unit seperti pecahan berikut:-

    PERUMAHAN UNIT
    Rumah Teres Sederhana 2 Tingkat (20’x90’) 32
    Rumah Bandar Kos Sederhana (20’x60’) 48
    Rumah Bandar Kos Sederhana (22’x80’) 56
    Pangsapuri Rumah Selangorku 5-13 Tingkat

    Jenis B (828 kaki persegi) : 116 unit

    Jenis C (893 kaki persegi) : 104 unit

    Jenis D (986 kaki persegi) : 40 unit

    260
    Jumlah Kecil 396

     

Lampiran

Tiada Lampiran.