Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
157) TAPAK RIZAB SEKOLAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan tanah telah dirizabkan sebagai tapak sekolah dalam tempoh 2008 - Mei 2013 dan tahun 2013 hingga Jun 2016?
Kerajaan Negeri menyediakan tapak-tapak sekolah di Negeri Selangor melalui kaedah pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara (KTN) kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Tiada tapak sekolah yang dirizabkan di bawah Seksyen 62, KTN.
-
Di manakah tapak gantian tanah rizab sekolah untuk tapak rizab sekolah di sebelah Taman Bukit Segar yang telah digunakan untuk pemasangan TNB Pylon?
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Jumlah keluasan tanah yang diberimilik sebagai tapak sekolah adalah seluas 2,602.605176 hektar dan butirannya seperti berikut:
DAERAH
2008 HINGGA MEI 2013 JUN 2013 HINGGA JUN 2016
JUMLAH PEMBERIMILIKAN JUMLAH KELUASAN (hektar) JUMLAH PEMBERIMILIKAN JUMLAH KELUASAN (hektar) Klang 9 36.557208 Tiada Kuala Langat 11 130.0107 Tiada Kuala Selangor 14 56.518915 1 5.9513 Sabak Bernam 7 53.27839 Tiada Sepang 11 16.1352 Tiada Hulu Selangor 16 2.5203 Tiada Petaling 42 176.020367 6 14.931137 Gombak 19 37.625685 2 4.461972 Hulu Langat 21 59.917111 Tiada JUMLAH
150 568.583876 9 25.344409 Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)