Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

148) AIR SELANGOR SDN BHD

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah misi dan visi serta pelan tindakan Air Selangor Sdn. Bhd.?

    Visi Air Selangor adalah “Untuk menjadi operator air terulung di rantau ini” dan Misi Air Selangor adalah “Untuk menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami”

    Pelan tindakan yang dirancang dan akan dimasukkan ke dalam Pelan Perniagaan 3 Tahun, yang belum dikemukakan kepada SPAN, terbahagi kepada 6 teras, iaitu:

    1. Menggabungkan 4 syarikat untuk mencapai sinergi
    2. Menaiktarafkan Loji Rawatan Air
    3. Penyambungan saling sistem agihan
    4. Penggantian Paip Air Lama/Usang
    5. Perolehan yang Telus dan Nilai Untuk Wang
    6. Mengharmonikan Struktur, Terma & Syarat Perkhidmatan
  2. Berapakah jumlah peruntukan mengikut pecahan tujuan penggunaan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat ini?

    Tiada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Air Selangor melainkan peruntukan untuk Program Air Percuma 20m3.

  3. Senaraikan nilai,syarikat dan lokasi projek-projek penggantian dan naik taraf paip air yang baru mengikut pecahan PBT bagi tahun 2015-2017 bagi mengurangkan NRW

    Bagi tahun 2016, Air Selangor akan melaksanakan projek penggantian paip air bagi 12 kawasan kritikal yang sering mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah atau bocor. Kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh Air Selangor untuk dilaksanakan program penggantian paip lama pada tahun 2016 adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.