Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
145) KELIP-KELIP SG PANJANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mempromosikan kawasan tersebut?
MDSB telah bekerjasama dengan semua pengusaha-pengusaha homestay di daerah Sabak Bernam dan Tourism Selangor untuk memasukkan program aktiviti lawatan ke tempat Kelip-Kelip Sungai Panjang sebagai salah satu daripada pakej lawatan mereka. Di samping itu pihak Majlis mempromosikan kelip-kelip menerusi Website Majlis Daerah Sabak Bernam.
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk menaiktaraf kawasan tersebut
MDSB telah memohon peruntukan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia bagi kerja-kerja cadangan menaiktaraf kemudahan awam Kelip-Kelip Sungai Panjang berjumlah RM2.2 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11.