Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
144) AGIHAN PROGRAM MES
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berikan pecahan mengikut kaum, program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diagihkan kepada mereka yang layak di setiap DUN dalam Negeri Selangor dari 2008 hingga kini
Semua rakyat di Negeri Selangor layak dan mempunyai peluang untuk menikmati manfaat dari Program MES tanpa mengira jantina, kaum, bangsa, fahaman politik dan pegangan agama. Ringkasan bagi pecahan mengikut kaum bagi setiap program di DUN dalam Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga kini adalah seperti di Lampiran A hingga J. Walau bagaimanapun, terdapat lapan (8) program di bawah MES iaitu Pusat Dialisis Rakyat, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M2), Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral, kemudahan Cuti Bersalin 90 Hari, Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari dan Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari tidak mempunyai data pecahan mengikut DUN dan kaum
-
Berikan pecahan mengikut kaum, jumlah peruntukkan yang terlibat untuk setiap DUN dalam Negeri Selangor dari 2008 hingga kini
Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dalam tempoh tahun 2008 sehingga 30 Jun 2016 yang dilaporkan adalah berjumlah RM1,760,199,349.78. Jumlah ini adalah termasuk perbelanjaan bagi Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel), Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) yang telah digabungkan di bawah Program Hijrah Selangor bermula pada Mac 2015. Perincian bagi jumlah perbelanjaan setakat 30 Jun 2016 bagi setiap skim MES yang dilaksanakan termasuk program yang telah dihentikan adalah seperti di Lampiran K.