Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

139) PERKEMBANGAN SUKAN SILAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memajukan sukan silat di Selangor?

    Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk memajukan dan meningkatkan sukan silat dengan bekerjasama bersama Persatuan Silat Kebangsaan dan Negeri Selangor (PESAKA) untuk mencungkil bakat-bakat baru dengan program-program bakat dan pembangunan sukan tersebut.

    Melalui Majlis Sukan Negeri Selangor, kerajaan telah menyalurkan peruntukan untuk program-program pembangunan dan menyertai kejohanan kompetitif untuk meningkatkan mutu pesilat-pesilat Negeri Selangor.

    Malah Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan kepada program-program yang dinyatakan.

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelaraskan kepelbagaian aliran perguruan sukan silat?

    Kepelbagaian aliran perguruan sukan silat tidak pernah menjadikan halangan kepada program-program sukan silat di Negeri Selangor. Semua aliran ini perlu bergabung di bawah Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA Kebangsaan) dan negeri Selangor untuk diselaraskan bagi membolehkan dan memudahkan semua program-program ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Sukan dan PESAKA Kebangsaan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.