Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

122) SKIM KESIHATAN WANITA MAMMOSEL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peserta Skim Kesihatan Wanita Mammosel pada tahun 2016

    Kerajaan Negeri komited dan mengambil berat perihal kesihatan rakyat di Negeri Selangor. Golongan wanita merupakan penyumbang besar di atas kesejahteraan negeri. Justeru itu, Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan semenjak tahun 2010 masih giat dilaksanakan sehingga kini.

    Sebagai makluman semua, bagi tahun 2016 hingga bulan 30 Jun 2016 terdapat seramai 1113 orang peserta yang telah menerima manfaat dari program SKW dengan perbelanjaan sebanyak RM174,539.60. Berikut merupakan bilangan peserta mengikut tahun :

    Jumlah Bilangan Penerima Manfaat Program MammoSel

    Dari tahun 2010 sehingga Jun 2016

    Tahun Peserta

    (orang)

    2010 2,688
    2011 11,317
    2012 3,638
    2013 902
    2014 495
    2015 2,095
    2016 (setakat Jun 2016) 1,113
    Jumlah (orang) 22,248
  2. Apakah penambahbaikan yang dilakukan pada tahun 2016?

    Saban tahun, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menambahbaik pelaksanaan dan mengaktifkan kembali program mammogram ini. Penambahbaikan yang telah dibuat adalah :-

    i) Peluasan Pembekal Perkhidmatan

    Peluasan pembekal perkhidmatan merupakan salah satu penambahbaikan yang dilakukan. Melalui peluasan pembekal perkhidmatan pemeriksaan mammogram ini, ia tidak lagi tertakluk dan terhad kepada satu service provider sahaja. Malah kini, peserta mammogram boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan ini di tujuh (7) panel hospital swasta iaitu di Majlis Kanser Negara (MAKNA), National Cancer Society Malaysia (NCSM), Columbia Asia, BP Health Care, KPJ, Salam Medical Centre dan di DEMC. Dengan peluasan rakan kerjasama mammogram ini, maka peluang bagi mendapatkan perkhidmatan ini lebih terbuka dan lebih banyak untuk dinikmati oleh golongan wanita di Selangor.

    Untuk makluman semua, Majlis Penyerahan Surat Rakan Kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Para Pembekal Perkhidmatan MammoSel telah diadakan pada 28 Februari 2016 di DUN Taman Medan bertempat di Padang Flat Desa Mentari 3, Jalan PJS 2D/1, PJS 2, Petaling Jaya. Bersekali dengan Program Mammogram Selangor (MammoSel) 2016.

    ii) Program Jelajah MammoSel 2016

    Selain daripada itu, bagi tahun 2016, satu siri jelajah sihat bersama pihak MAKNA menggunakan trak bergerak mammogram akan dilaksanakan di daerah-daerah yang terpilih. Pelaksanaan jelajah sihat kali pertama telah berjaya diadakan melalui Program Mammogram Selangor 2016 pada 28 Februari 2016 yang lalu di DUN Taman Medan dan pada 28 Mei 2016 pula telah diadakan di Daerah Sabak Bernam bertempat di Padang Tonggak 10, Sungai Besar. Cadangan lokasi jelajah sihat mammogram akan datang adalah di Daerah Hulu Selangor pada September 2016 nanti.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.