Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

110) MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PALONG DI SEKINCHAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf sistem saliran dan palong akan dilakukan?

    Kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf sistem saliran dan palong di Sekinchan telah diluluskan di dalam RMKe-11 dengan kos sebanyak RM 12,900,000.00 dan dijangka akan dilaksana pada tahun 2018. Ini kerana pada masa kini, IADA Barat Laut sedang membuat kajian keseluruhan bagi sistem palong di Skim Pengairan Tanjung Karang dan dijangka siap pada tahun 2017. Oleh demikian, pelaksanaan kerja-kerja fizikal hanya boleh dilaksanakan selepas kajian berkenaan siap.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga begitu sukar untuk menaiktaraf palong yang ternyata sudah usang dan rosak?

    Kekangan yang dihadapi adalah dari segi peruntukan di mana JPS Negeri Selangor tidak menerima peruntukan untuk menaiktaraf sistem saliran dan palong secara keseluruhan. Buat masa ini, JPS Negeri Selangor hanya membuat kerja-kerja penyelenggaraan bagi membaiki palong yang rosak.

     

  3. Sila nyatakan apakah bentuk pemantauan yang dilakukan?

    Pemantauan akan dilakukan semasa musim offseason penanaman padi iaitu pada bulan Januari dan Februari bagi Musim 1 manakala pada bulan Julai dan Ogos pada Musim 2. Kerja-kerja penyelenggaraan akan dibuat pada musim offseason ini di mana kerja yang dijalankan adalah menebas rumput, membuang kelodak dalam palong dan juga membaiki palong yang jatuh atau rosak.

Lampiran

Tiada Lampiran.