Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

94) PARKIR STESEN SAMBUNGAN LRT KELANA JAYA DAN AMPANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kekurangan parkir di stesen tersebut?

    Antara inisiatif MPSJ untuk menyelesaikan kekurangan parkir di stesen tersebut ialah:

    • MPSJ telah mengadakan mesyuarat bersama pihak Prasarana dengan SPAD dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam dan Lalulintas bertarikh 20 Jun 2016 yang akan menyediakan kemudahan feeder bus yang menghubungkan di kawasan-kawasan LRT untuk kemudahan membawa penduduk ke stesen LRT bagi mengelakkan penduduk memandu ke stesen-stesen LRT. Syarikat yang beroperasi adalah Rapid Bus dan Nadi Putra.  Ia terdiri daripada 16 laluan feeder bus. Semakan laluan terperinci boleh didapati di laman web myrapid.com.my.
    • Selain itu MPSJ juga telah menyediakan Bas Smart Selangor ke kawasan kediaman dan kawasan stesen-stesen LRT.
    • Prasarana adalah merupakan konsesi dari Kerajaan Persekutuan di mana pihak Prasarana perlu menyediakan parking untuk kemudahan tempat letak kereta.
  2. Adakah Kerajaan Negeri menerima sebarang permohonan untuk menambah jumlah parkir di stesen tersebut?

    MPSJ belum menerima permohonan daripada pihak Prasarana untuk membina parkir untuk menambah jumlah parkir di stesen-stesen LRT.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.