Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

82) PROGRAM PENDEMOKRASIAN ANAK MUDA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam menggerakkan program pendemokrasian anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri tiada perancangan dalam menggerakkan program pendemokrasian anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi dan Program Jom Daftar hanya dilaksanakan pada tahun 2009-2011.

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan anak muda dari luar Selangor yang bermastautin di Selangor lebih puluhan tahun untuk menjadi pengundi Selangor?

    Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menggalakkan anak muda dari luar Selangor yang bermastautin di Selangor lebih puluhan tahun untuk menjadi pengundi Selangor memandangkan mereka lebih gemar mengundi di tempat kelahiran masing-masing.

     

  3. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk program pendemokrasian anak muda bagi tahun 2016?

    Kerajaan Negeri tiada menyediakan peruntukan untuk program pendemokrasian anak muda bagi tahun 2016 memandangkan program ini tidak dilaksanakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.