Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
80) PUSAT LATIHAN DI KG KEMENSAH HULU KELANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk membaik pulih pusat ini?
Kos projek untuk membaik pulih pusat ini adalah sebanyak RM2.9 juta
-
Apakah program yang akan dijalankan oleh Kerajaan bagi memastikan kegunaan pusat latihan yang optimum dan profesional?
Program yang akan dijalankan masih dalam peringkat perancangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
-
Adakah pusat latihan itu terbuka untuk kegunaan awam?
Ya, pusat latihan akan dibuka untuk kegunaan orang awam.