Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

73) PROJEK SAMBUNGAN TEBATAN BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek sambungan tebatan banjir di 13 kawasan di Selangor?

    Status terkini projek sambungan tebatan banjir di 13 kawasan di Selangor adalah seperti di lampiran :-

    BIL TAJUK PROJEK KEMAJUAN FIZIKAL (%) CATATAN
    1. Projek membina sebuah Arch Culvert dan kerja-kerja berkaitan di Sg. Batu Tiga, Daerah Petaling. Jadual: 82%

    Sebenar : 76%

    Lewat : 6%

    Kerja-kerja membina ‘abudments arch bridge’ sedang dijalankan.
    2. Kerja membaikpulih struktur utama Sg. Rasah dan kerja-kerja berkaitan di I-City/ Plaza Tol Sg. Rasah, Daerah Klang Jadual: 93%

    Sebenar : 91%

    Lewat : 2%

    Kerja membina konkrit wall dan kerja membaiki
    3. Kerja membina lencongan dari Sg. Rasah ke Tasik Ladam Sg. Klang dan membina rumah pam di Kunci Air Tasik Ladam Padang Jawa dan kerja-kerja lain yang berkaitan.  

    Jadual: 80%

    Sebenar :65.6%

    Lewat : 14.4%

    Kerja-kerja membina pam station dan rumah TNB sedang dijalankan.
    4. Membina dan menyiapkan sebuah kolam takungan dan kerja-kerja berkaitan di Bukit Bandaraya, Daerah Petaling.  

    Jadual: 100%

    Sebenar :100%

     

     

    Selesai

    5. Kerja menaiktaraf sistem saliran Kg. Air Kuning dan kerja-kerja berkaitan di Plaza Tol Sg. Rasah Daerah Klang. Jadual: 100%

    Sebenar :100%

     

    Selesai

    6. Membekal, menghantar, memasang, mengujijaya dan mentauliah pam skru archimedian untuk JPS Selangor. Jadual: 100%

    Sebenar :100%

     

    Selesai

    BIL TAJUK PROJEK KEMAJUAN FIZIKAL (%) CATATAN
    7. Cadangan tebatan banjir di Jalan Sungai Rasah dan padang Jawa, Daerah Klang. (Mengantikan jambatan di atas Sungai Rasah di KM 5.6)  

    ·         Di bawah seliaan dan pemantauan JKR

     

    8. Rancangan tebatan banjir kawasan Kg. Sungai Serai, Mukim Hulu Langat. Jadual: 40%

    Sebenar :24%

    Lewat : 16%

    EOT No.3 : kerja-kerja membina ‘capping beam’.
    9. Menaiktaraf Ban, Borrowpit dan Kerja – kerja Lain Yang Berkaitan Di Sungai Sepang Besar, Daerah Sepang. Jadual: 100%

    Sebenar :100%

     

     

    Selesai

    10. Kerja Menaiktaraf Parit Utama Serta Kerja – kerja Berkaitan Di Kampung Tengah, Mukim Petaling, Daerah Petaling Jadual: 65%

    Sebenar :62%

    Lewat : 3%

    EOT No.2 :
    11. Kerja – kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Kampung Johan Setia, Daerah Klang. Jadual: 100%

    Sebenar :99%

    Lewat : 1%

     
    12. Projek Tebatan Banjir Di Kampung Teluk Menegun, Daerah Klang. Jadual: 100%

    Sebenar :100%

     

     

    Selesai

    13. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Sungai Kubu, Mukim Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor. Jadual: 100%

    Sebenar :100%

     

     

    Selesai

  2. Adakah terdapat peruntukan tambahan untuk projek tersebut?

    Tiada sebarang peruntukan tambahan untuk projek seperti yang tersebut di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.