Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

53) YURAN TAPAK BAZAR RAMADHAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tapak pasar Ramadhan yang diluluskan mengikut PBT pada 2016?

    Jumlah tapak Pasar Ramadhan yang diluluskan mengikut PBT pada 2016 adalah sebanyak 248 tapak. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT JUMLAH TAPAK PASAR RAMADHAN
    MBSA 40
    MBPJ 20
    MPK 32
    MPAJ 23
    MPSJ 24
    MPS 28
    MPKj 34
    MPSp 13
    MDKL 10
    MDHS 6
    MDKS 14
    MDSB 4
    JUMLAH 248

    Nota : Sumber dari PBT

  2. Berapakah hasil kutipan yang dipungut daripada penganjuran pasar Ramadhan tersebut?

    Hasil kutipan yang dipungut daripada penganjuran Pasar Ramadhan mengikut PBT adalah sebanyak RM2,874,030.92. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut :

    PBT JUMLAH HASIL KUTIPAN YANG DIPUNGUT DARIPADA PENGANJURAN PASAR RAMADHAN (RM)
    MBSA 295,605.52
    MBPJ TIADA
    MPK 1,100,000.00
    MPAJ 273 132.00
    MPSJ 166,718.40
    MPS 229,395.00
    MPKj 323,400.00
    MPSp 69,597.00
    MDKL 62,530.00
    MDHS 118,980.00
    MDKS 182,400.00
    MDSB 52,273.00
    JUMLAH 2,874,030.92

    Nota : Sumber dari PBT

    MBPJ tidak mengenakan caj kadar fi dan sewa tapak tetapi mengenakan kos penyelenggaraan kutipan sampah sahaja.

  3. Apakah panduan daripada PBT kepada penganjur dalam menentukan kadar sewa tapak yang tidak terlalu tinggi kepada peniaga pasar Ramadhan?

    Pihak Majlis menetapkan syarat kepada penganjur dan perlu mematuhi syarat-syarat permit Bazar Ramadan PBT selain pihak PBT turut mengeluarkan permit kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan di bawah pihak penganjur.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.