Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

47) PROJEK TAMBATAN BANJIR KUALA LANGAT BERKOS RM26 JUTA TAHUN 2016

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan lokasi dan tempat pembinaan ban di Sungai Langat, Daerah Kuala Langat berkos RM3.5 juta.

    Kerja-kerja menaiktaraf ban Sg. Langat yang melibatkan kos sebanyak RM3.5 juta terletak di kawasan Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat.

  2. Sila nyatakan lokasi dan tempat pembinaan pengawalan hakisan pantai berkos RM5.3 juta.

    Projek Pengawalan Hakisan Pantai yang melibatkan kos sebanyak RM5.3 juta terletak di Pantai Kelanang, Morib, Daerah Kuala Langat.

  3. Sila menyatakan lokasi dan tempat pembinaan rumah pam air untuk mengelakkan berlakunya banjir di Daerah Kuala Langat berkos RM4 juta

    Kerja-kerja Pembinaan Rumah Pam Dan Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujijaya Dan Mentauliah Pam Skru Archimedian Kekal Di Daerah Kuala Langat Bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor terletak di lokasi berikut;

    • Bukit Changgang
    • Rancangan Tanah Belia
    • Paya Rumput
    • Labohan Dagang

Lampiran

Tiada Lampiran.