Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

37) PENGGUNAAN PERUNTUKAN PWB

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila perincikan penggunaan peruntukan PWB DUN Selat Klang sepanjang 2016 yang telah digunakan oleh mantan penyelaras PWB yang tidak melalui ADUN

    Seramai 55 orang penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang telah dilantik dari 56 DUN di seluruh Selangor telah berjaya melaksanakan tugasan sebagai penyelia PWB pada sesi April 2015 hingga Mac 2016. Dengan berbekalkan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, para penyelia ini telah berjaya mengadakan pelbagai bentuk program wanita selaras dengan peranan dan tanggungjawab mereka.

    Mantan Penyelia DUN Selat Klang juga tidak terkecuali dalam melaksanakan program-program PWB sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Sebanyak RM21,855.00 daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM30,000.00 setahun yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap PWB DUN telah dibelanjakan oleh beliau (mantan Penyelia DUN Selat Klang) bermula Januari sehingga Mac 2016. Maka baki peruntukan adalah sebanyak RM8,145.00 sewaktu pelantikan penyelia PWB baru untuk sesi April 2016 sehingga Mac 2018.

    Berikut adalah perincian peruntukan PWB DUN Selat Klang sepanjang 2016 yang telah digunakan oleh mantan penyelia PWB DUN Selat Klang seperti di Lampiran A.

  2. Sila nyatakan peraturan menggunakan penggunaan peruntukan RM30,000.00

    Bagi pelaksanaan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah menyediakan garis panduan dalam bentuk Manual Prosedur Operasi bagi memudahkan perjalanan tugasan para penyelia PWB. Ini termasuk tatacara penggunaan peruntukkan yang disalurkan. Syarat-syarat peruntukan PWB yang digariskan adalah seperti berikut :-

    • Penyelia PWB menyediakan kertas kerja bagi program pemberdayaan wanita berskala kecil yang tidak melebihi RM2,500 dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga untuk mendapatkan kelulusan.

     

    • Setelah kelulusan diperolehi, sesalinan kertas kerja yang telah di minit luluskan oleh YB Exco tersebut dikemukakan kepada Pejabat Daerah/Tanah bagi tujuan pemakluman pelaksanaan program dan bagi tujuan pembayaran.
    • Setelah selesai program, penyelia hendaklah mengemukakan Laporan Pelaksanaan Program kepada Pejabat Daerah/Tanah bagi tujuan pembayaran.
    • Pejabat Daerah/Tanah akan membuat pembayaran kepada PWB berdasarkan kertas kerja yang telah diluluskan oleh YB Exco dan Laporan Pelaksanaan Program PWB yang lengkap dengan kaedah bayaran balik (re-imbursement).

     

  3. Berapakah baki peruntukan PWB Selat Klang apabila penyelia PWB baru mengambil alih?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.