Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
35) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan syarikat yang membekalkan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang telah ditawarkan.
Perkhidmatan Bas Smart Selangor telah dilaksanakan secara berperingkat. Bermula 1 Julai 2015, tiga laluan diperkenalkan di kawasan Shah Alam, Subang Jaya dan Klang. Perkhidmatan ini ditambah pada tahun 2016 bermula 1 Januari di Ampang Jaya dan Kajang seterusnya diperluaskan di enam (6) laluan di Selayang, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Maklumat syarikat yang membekalkan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang ditawarkan adalah seperti di Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah:
Jadual 1 : Jumlah Kontrak Syarikat Pengendali Bas Smart Selangor
Dari 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016
Bil Operator / Syarikat Pengendali Kawasan / PBT Jumlah Kontrak 1 Rapid Bus Sdn. Bhd. 3 kawasan / MBSA, MPSJ dan MPK RM3,481,712.00 JUMLAH KONTRAK RM3,481,712.00 Jadual 2 : Jumlah Kontrak Syarikat Pengendali Bas Smart Selangor
Dari 1 Januari 2016 hingga 30 Jun 2016
Bil Operator / Syarikat Pengendali Kawasan / PBT Jumlah Kontrak 1 Rapid Bus Sdn. Bhd. 5 kawasan baru iaitu MPAJ, MPKj, MPS, MPSp dan MDKL serta lanjutan kontrak bagi MBSA, MPSJ dan MPK (dengan tambahan sebuah bas di MPK) RM6,973,630.00 2 Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd. 2 kawasan / MDKS dan MDSB RM1,242,896.64 3 SKS Coachbuilders Sdn. Bhd. 1 kawasan / MDHS RM619,040.00 JUMLAH KONTRAK RM8,835,566.64 -
Nyatakan statistik bilangan penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut laluan perjalanan
Laluan Bas Smart Selangor ketika ini melibatkan sebelas (11) PBT kecuali Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah mempunyai bas komuniti sendiri iaitu PJ CityBus. Statistik bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut laluan perjalanan adalah seperti berikut:
Statistik Penumpang Bas Smart Selangor Dari 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PENUMPANG 1 Laluan Bas Smart Selangor MBSA – Dari Stesen Komuter Shah Alam Seksyen 19 ke Hospital Shah Alam, Seksyen 7
591,788 2 Laluan Bas Smart Selangor MPSJ – Dari Persiaran Bakti (MPSJ) ke Persiaran Murni (Sekolah Agama Bestari)
444,415 3 Laluan Bas Smart Selangor MPK – Dari SRJK (C) Kong Hoe / Jalan Batu Tiga Lama Ke Plaza MPK (Mydin) / Jalan Pos Baru
227,400 4 Laluan Bas Smart Selangor MPAJ – Dari Jalan Ukay Perdana ke Jalan Taman Melawati
243,396 5 Laluan Bas Smart Selangor MPKj – Dari/Ke Kompleks Hentian Kajang melalui Jalan Reko, Persiaran Bangi, Persiaran Cempaka, Jalan 7/2, Jalan 7/5, Jalan 7/1, Jalan Wan Siew, Jalan Sungai Chua, Jalan Mendaling, Jalan Tukang, Jalan Besar, Jalan Cheras dan Jalan Timur.
344,903 6 Laluan Bas Smart Selangor MPS – Dari Selayang Mutiara ke Terminal Putra Gombak
65,156 7 Laluan Bas Smart Selangor MPSp – Dari Klinik Kesihatan Tanjong Sepat ke Stesen ERL Kota Warisan
– Dari Bandar Baru Salak Tinggi ke Stesen ERL Kota Warisan
1,461
2,791
8 Laluan Bas Smart Selangor MDKL – Dari Bandar Banting ke Stesen ERL Kota Warisan
9,417 9 Laluan Bas Smart Selangor MDSB – Dari/ke Sekinchan ke/dari Sabak Bernam
6,355 10 Laluan Bas Smart Selangor MDKS – Dari Terminal Bas dan Teksi Kuala Selangor – Tanjong Karang – Perhentian Bas Sekinchan
4,185 11 Laluan Bas Smart Selangor MDHS – Terminal Bas Kuala Kubu Bharu – ke/dari Terminal Bas Bukit Sentosa
10,263 Jumlah Keseluruhan 1,951,530