Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

33) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SERI SELANGOR BUKIT FRASER

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos sebenar secara terperinci yang telah dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser

    Kos sebenar bagi Kerja-kerja Naik Taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser adalah berjumlah RM1,647,804.19 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Empat Ringgit dan Sembilan Belas Sen Sahaja) dan Pengurus Projek bagi kerja-kerja baik pulih kedua-dua banglo tersebut adalah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuka Banglo Seri Selangor Bukit Fraser untuk sewaan kepada Ahli Dewan Negeri Selangor memandangkan kerja-kerja naik taraf telah siap? Jika ya, nyatakan kadar sewaan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor boleh membuat penyewaan Banglo Seri Selangor dengan kadar sewaan kini sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja). Walau bagaimanapun, Pentadbiran ini sedang mengkaji kadar sewaan baharu bagi Rumah Rehat Negeri Selangor di Bukit Fraser.
    JAWAPAN TAMBAHAN (a)

    SKOP BIDANG SKOP KERJA HARGA

    (RM)

    CATATAN
    AWAM Membaiki Kerosakan Serta Menaiktaraf Rumah Rehat Kerajaan Negeri Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser 529,996.82 Syarikat Wira Samudera Enterprise

    JKR/HS/29/2015

    AWAM Membaiki Kerosakan Serta Menaiktaraf Rumah Rehat Kerajaan Negeri Banglo Seri Selangor, Bukit Fraser 529,973.77 Ehiya Enterprise

    JKR/HS/50/2015

    MEKANIKAL Kerja-kerja Membekal, Memasang, Mengujiterima Sistem Pam Penggalak Untuk Kerja-kerja Naiktaraf Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser 315,350.00 Kejuruteraan Bumi Air

    JKR/SEL/31/15(MEK)

    ELEKTRIK Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Naiktaraf Sistem Elektrik untuk Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser 249,163.60 Kejuruteraan Bumi Air

    JKR(ES)HS/600-1/4/SN 57/15

    ELEKTRIK Pemasangan Lampu Chandelier di Banglo Seri Selangor 23,320.00 J.N.SEL.4/2/98 Jld. 3(34)
    JUMLAH RM1,647,804.19

    JAWAPAN TAMBAHAN (b)

     

    Berikut adalah kadar sewa mengikut kategori:

    PERKARA KADAR SEWA

    (RM)

    D.Y.M.M. Sultan Selangor Tiada
    D.Y.M.M. Raja Muda Selangor Tiada
    Kerabat Di Raja Selangor Tiada
    Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Tiada
    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Tiada
    Ahli Dewan Di Raja RM60
    Ahli Dewan Negeri Selangor RM60
    Orang Besar Istana (OBI) RM60
    Orang Besar Daerah (OBD) RM60
    Pegawai Kerajaan Negeri Selangor RM60

     

    Tempahan boleh dibuat melalui sistem atas talian melalui https://e-tempahan.selangor.gov.my/

Lampiran

Tiada Lampiran.