Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

32) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI YANG DIFAILKAN DI MAHKAMAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek perumahan terbengkalai di Selangor yang telah difailkan di mahkamah oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan pemulihan terpaksa ditangguhkan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 3 projek yang masih di dalam tindakan pihak Mahkamah. Senarai projek adalah seperti berikut :

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1. Projek Perumahan Taman Lembah Beringin, PT 610, 6502, 863 & 864, Jalan Kerling, Mukim Sungai Gumut, Daerah Hulu Selangor Tetuan Lembah Beringin Sdn. Bhd.  (Digulung)

     

    Pelikuidasi : Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd.

    2. Projek Perumahan Tanah Lot Banglo No.2527 & 2528 dan 2529 & 2530 (The Genting Valley), Jalan Desa Rening, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor Tetuan Jade San Reality Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    Pelikuidasi – HLB Ler Lum Sdn. Bhd.

    3. Projek Pembinaan Untuk Penempatan Semula Setinggan Fasa 1 Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Bunga Raya, 1 Blok 12 Tingkat (153 Unit), 6 Unit Kedai, 1 Dewan, 1 Tadika No.4, Jalan Gram U19/16, Seksyen U19, Shah Alam Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.  (Digulung)

     

    Pelikuidasi : Mustapha Raj Sdn Bhd

     

  2. Apakah keputusan mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. sebagai pelikuidasi telah melantik Legenda Beringin Sdn. Bhd. (LBSB) sebagai pemaju penyelamat melalui proses tender yang telah diadakan namun terdapat pembida lain telah membawa kes ini ke Mahkamah berhubung isu pelantikan pemaju penyelamat berkenaan. Susulan daripada itu, Mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan penuh dan keputusan Mahkamah akan dibuat pada 29 Ogos 2016 (Isnin). Dengan ini, urusan pemulihan projek terbengkalai di Lembah Beringin ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah diperolehi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.