Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

30) JKR HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Hulu Selangor bercadang menaiktaraf persimpangan Jalan Pahang - Jalan Ampang Pecah (depan Bangunan MDHS) di Hulu Selangor bagi mengatasi kesesakan lalulintas terutamanya waktu puncak? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Ini adalah Jalan Negeri B54. Ya, terdapat perancangan penyelesaian jangka masa pendek. Status di peringkat rekabentuk dan proses perolehan dijangka bulan Ogos 2016.

  2. Adakah JKR Hulu Selangor akan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di Jalan Batang Kali - Ulu Yam Baru (depan Econsave) pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Ini adalah Jalan Negeri B113. Ya, terdapat perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir yang melibatkan beberapa agensi seperti MDHS dan pihak pemaju. Salah satu tindakan yang akan diambil oleh pemaju Ligamas adalah menaiktaraf sistem longkang tepi jalan sedia ada yang terlibat sepanjang jalan JKR dalam kawasan banjir kilat. Dijangka bermula pada bulan Ogos 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.