Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

29) PAIP AIR PECAH DI HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sebagai hotspot paip air pecah di Hulu Selangor secara terperinci seperti jumlah penduduk yang terlibat, panjang paip dan sebagainya.

    Untuk tahun 2016, kawasan hotspot yang telah dikenal pasti untuk daerah Hulu Selangor adalah di kawasan Kg Assam Kumbang yang mempunyai anggaran penduduk seramai 1,444 orang. Anggaran paip yang akan diganti adalah sepanjang 3.47 km

  2. Nyatakan kawasan-kawasan hotspot yang sedang dan akan menjalankan penggantian paip air baru dan kos penggantiannya bagi tahun 2016 dan 2017 di Hulu Selangor

    Tertakluk kepada peruntukan kewangan untuk penggantian paip air lama daripada Kerajaan Negeri dan PAAB bagi tahun 2017 sehingga 2019, tujuh (7) lagi projek penggantian paip di kawasan hotspots Hulu Selangor sedang dirancang untuk pelaksanaan seperti jadual berikut:

     

  3. Adakah unsur sabotaj yang menyebabkan kes paip air pecah sering berlaku di Kuala Kubu Bharu pada tahun ini?

    Tidak ada sebarang unsur sabotaj yang menyebabkan kejadian paip pecah di kawasan Kuala Kubu Baru. Kejadian paip pecah adalah disebabkan faktor usia paip yang telah lama ataupun disebabkan oleh kecuaian pihak ketiga ketika melakukan kerja berhampiran dengan paip air sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.