Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
27) BANGUNAN STESEN BAS KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan hasil sewa yang diperolehi oleh MDHS daripada bangunan stesen bas Kuala Kubu Bharu secara terperinci.
Hasil sewa MDHS yang dikutip daripada bangunan stesen bas Kuala Kubu Bharu adalah seperti berikut:-
BIL NAMA ALAMAT PREMIS/ TINGKAT TINGKAT KADAR SEWA (RM) KADAR SEWA DITERIMA (RM) STATUS 1.
Yogeswaran a/l Krishnan No. 2 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Bawah
225.00
225.00
Masih
Menyewa
2.
Suthes Kumar a/l Muniandy No. 1-A Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Bawah
250.00
250.00
Masih
Menyewa
3.
Applsuwami a/l Suridemudu No. 3 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Bawah
150.00
150.00
Masih
Menyewa
4. Kamaraja a/l Sockan @ Subramaniam No. 4 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Bawah
150.00
150.00
Masih
Menyewa
5. l
No. 8 Kompleks Bas K.K. Bharu Tingkat 1
100.00
0.00
Kosong
6. Choo Tak Yuen No. 9 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 1
100.00
100.00
Masih
Menyewa
7. Setor – Bahagian Pengurusan Harta No. 5 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 1
Tiada
Tiada
Milik
MDHS
8. Norhayati Binti Jasmin No. 6 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 1
150.00
150.00
Masih
Menyewa
9. ST Electric Engineering & Servicing No. 7 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 1
150.00
150.00
Masih
Menyewa
10. PUSPANITA Hulu Selangor No. 10 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 1
150.00
150.00
Masih
Menyewa
11. Choo Tuck Sau No. 11 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 1
150.00
150.00
Masih
Menyewa
12.
Muhammad Omar bin Mohd Arshad No. 7A Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 2
150.00
150.00
Masih
Menyewa
13. Zanariah binti Rapingi No. 8 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 2
150.00
150.00
Masih
Menyewa
14. Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co No. 15 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 2
130.00
130.00
Masih
Menyewa
15. Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co No. 2 S Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 2
500.00
500.00
Masih
Menyewa
16. Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co No. 9 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 2
1,200.00
1,200.00
Masih
Menyewa
17. Surau No. 18 Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 2
Tiada
Tiada
Masih Digunakan
18. Pejabat dan setor – Jabatan Penilaian Kompleks Bas Kuala Kubu Bharu Tingkat 2
Tiada
Tiada
Milik
MDHS
JUMLAH BESAR 18
3,705.00
3,605.00
-
Nyatakan lot-lot di bangunan stesen bas Kuala Kubu Bharu yang tidak disewa dan langkah yang diambil oleh MDHS supaya bangunan tersebut tidak menjadi satu projek gajah putih
Keseluruhan lima belas (15) unit atau lot-lot di bangunan Stesen Bas Kuala Kubu Bharu disewakan dengan kadar RM100.00 hingga RM1,200.00 per/unit/lot dengan pendapatan MDHS sebanyak RM3,605.00 sebulan. Satu (1) unit/lot telah dijadikan tempat ibadat iaitu surau dan dua (2) unit/lot telah dijadikan ruang pejabat serta stor untuk Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Hulu Selangor (Bahagian Penilaian Semula). Pada masa ini, terdapat satu (1) unit/lot yang kosong dan telah diiklankan.
Pada masa yang sama stesen bas Kuala Kubu Bharu menjadi laluan perkhidmatan bas awam dan perkhidmatan bas percuma Smart Selangor. Ianya sedikit sebanyak menjana ekonomi di stesen bas tersebut.
-
Adakah benar bangunan stesen bas Kuala Kubu Bharu dipenuhi dengan tahi burung? Jika ya, nyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mencegah burung dari menghinggapi kawasan tersebut
Bangunan Stesen Terminal Bas KKB telah dibina oleh Jabatan Kerajaan sekitar tahun 1980-an dan mempunyai aras tiga tingkat yang pada masa itu merupakan sebuah bangunan berkonsep kompleks berpusat untuk kemudahan terminal bas, teksi, tandas awam, unit-unit kiosk dan kedai termasuk kedai makan. Pada peringkat awal bangunan tersebut tidak mengalami masalah burung-burung berterbangan di dalam ruang dalaman namun masalah mulai berlaku bermula awal tahun 2000.
Beberapa langkah telah diambil oleh pihak MDHS untuk mengurangkan masalah burung yang masuk dan hinggap di celah-celah dinding dan tiang bangunan seperti senarai berikut :
- Memasang jaring dan bingkai keluli yang kukuh di ruang-ruang terbuka (anjung) setiap tingkap bagi menghalang burung terbang ke dalam ruang bangunan.
- Memasang jaring dengan bingkai kukuh di laluan tangga untuk menghalang burung yang masuk melalui ruang terbuka. Namun kaedah ini tidak memberi keselesaan kepada pengguna dan pengunjung bangunan tersebut kerana seolah-olah berada dalam kurungan besi.
- Mengganti saiz jaring yang lebih kecil pada jaring sedia ada bagi menghalang terus kemasukan burung. Namun keadaan ini juga tidak memberi keselesaan kepada pengguna kerana menghalang pandangan luar termasuk mengurangkan kecerahan ruang dalam bangunan pada waktu siang hari.
- Memasang pintu berjaring di laluan masuk ke tangga aras satu, namun kaedah ini tidak mendapat kerjasama daripada kebanyakan pengguna kerana pintu tersebut kerap terbuka selepas digunakan dan akan memudahkan burung masuk.
- Kawalan pembersihan dari masa ke semasa untuk menghapuskan sarang-sarang burung.