Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
25) PENYELENGGARAAN JALAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengemaskini jalan-jalan yang telah diselenggara di Sistem MARRIS online?
Ya.
-
Sila nyatakan peratus jalan yang mempunyai maklumat lengkap tarikh jalan dibina dan diselenggara di setiap PBT.
PBT Peratus jalan yang mempunyai maklumat lengkap tarikh jalan dibina dan diselenggara MBSA 73% MBPJ Tiada Maklumbalas MPK Tiada Maklumbalas MPAJ Tiada Maklumbalas MPSJ 100% MPS 80% MPKj Tiada Maklumbalas MPSp 100% MDKL 40% MDHS 30% MDKS Tiada Maklumbalas MDSB 30% **Sumber : Semua PBT Negeri Selangor
-
Bagaimanakah PBT memilih jalan untuk diselenggara? Adakah preventive maintenance dilaksanakan?
Pemilihan jalan untuk diselenggara adalah seperti berikut:-
i) Auditan dan pemantauan
ii) Secara berkala (Precentive Maintenance)
iii)Tempoh hayat jalan (7-10 tahun)
iv) Permohonan daripada ADUN/Ahli Majlis/Mesyuarat Jawatankuasa Majlis
v) Jalan telah rosak/uzur
Penyelenggaraan berkala untuk pembaikan jalan di PBT melalui pasukan Road Gang di mana kerja-kerja seperti tampalan lubang (kerosakan kecil), membaiki parit erong, mengecat batu susur dan railing dilaksanakan melalui kerja-kerja harian secara berperingkat.