Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

16) PENGGUNAAN PERUNTUKAN WANG MARRIS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukkan wang MARRIS yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada 2016?

    Jumlah peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri (MARRIS) yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2016, sehingga 15 Julai 2016 adalah seperti berikut:-

    TAHUN JUMLAH (RM)
     

    2016

     

    285,952,461.77

  2. Apakah Kerajaan Negeri membelanjakan wang MARRIS hanya bagi maksud penyelenggaraan jalanraya atau digunakan untuk penyelenggaraan yang lain?

    Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri di bawah peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan adalah bertujuan untuk membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan-jalan Negeri di negeri masing-masing. Kerajaan Negeri komited untuk mengoptimumkan penggunaan peruntukan MARRIS pada setiap tahun dengan penuh hemat dan cekap berpandukan kepada Garis Panduan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Justeru, peruntukan ini hanya digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara jalan raya dan elemen yang bersangkutan dengannya seperti yang dibenarkan di bawah Garis Panduan MARRIS yang diperincikan di Lampiran A.

  3. Mohon menyatakan senarai kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan MARRIS pada 2016.

    Senarai kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan MARRIS pada 2016 adalah seperti perincian di Lampiran B.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.