Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

15) PUSAT PENYEMBELIHAN HALAL DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan jumlah dan lokasi pusat penyembelihan (haiwan) halal dan tidak halal di Selangor mengikut PBT

    Pusat penyembelihan atau lebih tepat dipanggil abatoir dapat dikategorikan kepada 3 jenis iaitu khusus untuk ayam, ruminan (lembu dan kambing) dan babi.

    Terdapat 14 abatoir ayam yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di seluruh Negeri Selangor dengan pecahannya seperti berikut :

    Bil. PBT Ada

    Sijil

    Halal

    Tiada

    Sijil

    Halal

    Jumlah

    Mengikut

    PBT

    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 2 1 3
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 0 0 0
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 1 0 1
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 0 0 0
    5 Majlis Perbandaran Selayang 1 0 1
    6 Majlis Perbandaran Klang 4 0 4
    7 Majlis Perbandaran Kajang 1 1 2
    8 Majlis Perbandaran Sepang 0 0 0
    9 Majlis Daerah Hulu Selangor 0 0 0
    10 Majlis Daerah Kuala Selangor 1 0 1
    11 Majlis Daerah Kuala Langat 1 1 2
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam 0 0 0
    JUMLAH 9 5 14

    Catatan :         Abatoir yang tiada Sijil Halal biasanya menggunakan penyembelih yang mempunyai Kad Tauliah Menyembelih Halal.

     

    iii.        Terdapat 10 buah abatoir ruminan (lembu dan kambing) yang berdaftar dengan DVS di seluruh Negeri Selangor dengan pecahannya seperti berikut :

    Bil. PBT Ada

    Sijil

    Halal

    Tiada

    Sijil

    Halal

    Jumlah

    Mengikut

    PBT

    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 1 (K) 0 1
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 0 0 0
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 0 0 0
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 0 0 0
    5 Majlis Perbandaran Selayang 1 (S) 1 (S) 2
    6 Majlis Perbandaran Klang 0 2 (S) 2
    7 Majlis Perbandaran Kajang 0 1 (S) 1
    8 Majlis Perbandaran Sepang 0 0 0
    9 Majlis Daerah Hulu Selangor 0 1 (S) 1
    10 Majlis Daerah Kuala Selangor 0 1 (S) 1
    11 Majlis Daerah Kuala Langat 1 (K) 0 1
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam 1 (K) 0 1
    JUMLAH 4 6 10

    Catatan :         Abatoir yang tiada Sijil Halal biasanya menggunakan penyembelih yang mempunyai Kad Tauliah Menyembelih Halal.

    (K) – Abatoir kerajaan

    (S) – Abatoir swasta

    1. Hanya 4 abatoir yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak JAIS/JAKIM iaitu Kompleks Abattoir Shah Alam, Kuala Langat dan Sabak Bernam (kesemuanya abatoir kerajaan) dan abatoir swasta (HS Nada Sdn. Bhd. di PBT Selayang) sementara baki abatoir swasta yang lain hanya  menggunakan Kad Tauliah Menyembelih Halal.
    2. Sesatunya abatoir babi yang berlesen di negeri Selangor adalah Tip Top Meat Sdn. Bhd. yang terletak di Hulu Selangor.
  2. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah peladang/penternak yang mengalami masalah penyembelihan disebabkan di kawasan mereka tidak mempunyai pusat sembelihan seperti di Hulu Langat?

    Bagi mengatasi masalah ketiadaan abatoir di sesetengah daerah, Jabatan mengesyorkan pihak pengusaha yang berkemampuan di daerah berkenaan untuk memohon mendapatkan lesen abatoir swasta daripada Ibu Pejabat DVS Malaysia (Persekutuan) di bawah Kaedah-kaedah binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 – Akta Binatang 1953 dan Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993.  Ini kerana kerajaan belum bercadang untuk membina sebarang abatoir dalam tempoh terdekat kecuali abatoir ayam (kerajaan) yang pertama di PBT Sabak Bernam.

  3. Adakah agensi terbabit mempunyai rekod berkaitan penyembelihan haiwan halal yang dilakukan tanpa permit atau yang dilakukan di luar pusat penyembelihan?

    Agensi berkaitan iaitu DVS tidak mempunyai rekod berkaitan penyembelihan haiwan halal yang dilakukan tanpa permit atau yang dilakukan di luar pusat penyembelihan.  Namun, DVS akan serta merta menyiasat hingga mendakwa sebarang kejadian seperti ini sekiranya menerima aduan orang ramai kerana ianya menyalahi undang-undang.

Lampiran

Tiada Lampiran.