Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

10) PROGRAM BLUE PRINT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah penerima program Blue Print Selangor dari tahun 2008 hingga 2015?

    Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat/individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Antara lima (5) skop utama perusahaan adalah seperti jahitan, perniagaan runcit, pengasuh kanak-kanak dan kraftangan. Jumlah penerima manfaat bagi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seramai 2,397 orang.

  2. Berapakah pecahan penerima bantuan mengikut kaum dari tahun 2008 hingga 2015?

    Bagi tahun 2008 hingga 2015, kaum Melayu mencatat jumlah penerima manfaat paling ramai iaitu seramai 2,102 orang (87.70%). Manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan jumlah penerima manfaat sebanyak 89 orang (3.71%) dan 206 orang (8.59%).

    Pecahan penerima manfaat mengikut kaum bagi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti jadual berikut:-

  3. Berapa peratus kejayaan program ini berjaya meningkatkan tahap ekonomi penerima?

    Sebagai makluman, Kaji Selidik/Kajian Impak bagi Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan yang melibatkan penerima bantuan bagi tahun 2008 hingga tahun 2014 telah dijalankan oleh Pejabat Daerah/Tanah. *Hasil kajian impak tersebut mendapati bahawa sebanyak 92.8% penerima manfaat telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Manakala sebanyak 0.30% penerima manfaat pula didapati pendapatan mereka semakin menurun dan sebanyak 6.90% penerima manfaat pula tiada perubahan terhadap pendapatan mereka.

    Oleh yang demikian, kajian impak ini dapat merumuskan bahawa pelaksanaan Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor telah mencapai matlamat utama program, iaitu taraf ekonomi penerima manfaat berjaya ditingkatkan.

    *Nota: Hasil kaji selidik diperolehi daripada lapan (8) Pejabat Derah/Tanah sahaja.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.