Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
6) KESIHATAN KANAK-KANAK
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan memandang serius berkenaan pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak di Negeri Selangor?
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui pemberian vaksin seperti yang disenaraikan di dalam Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut;-
- i) Tuberkulosis (TB)
- ii) Difteria
iii) Tetanus
- iv) Pertussis
- v) Haemophilus Influenzae type B
- vi) Measles (campak)
vii) Mumps (Beguk)
viii) Rubella
- x) Hepatitis B
- xi) Polio
xii) Japanese Encephalitis (JE)
xiii) Human Papilomavirus (HPV)
Berdasarkan konsep Kesihatan Awam, pencegahan hanya boleh berlaku sekiranya 95% di kalangan komuniti mempunyai imuniti yang diperoleh melalui pemberian vaksin tersebut. Oleh yang demikian, Jabatan Kesihatan perlu memastikan pengambilan vaksin ini dilaksanakan di dalam komuniti mengikut jadual yang ditetapkan untuk memastikan komuniti selamat dan tiada penularan penyakit berjangkit seperti difteria, measles dan lain-lain.
Kerajaan memandang serius isu keciciran dan penolakan pengambilan vaksin ini dan telah mengambil pelbagai inisiatif seperti berikut:
- Sistem pengesanan kes cicir imunisasi (Defaulter Tracing System) di mana kanak-kanak yang cicir imunisasi akan dikesan melalui lawatan ke rumah oleh anggota jururawat.
- Pelaksanaan aktiviti mopping-up dan Supplementary Immunisation Activity (SIA) di kawasan yang mempunyai kes/wabak penyakit cegahan vaksin di mana semua kanak-kanak cicir imunisasi di kawasan tersebut diberikan imunisasi dengan serta-merta di tempat kediaman masing-masing.
- Kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Menjalin kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di semua taska di negeri Selangor bagi mengenalpasti kanak-kanak yang cicir imunisasi. Pemantauan juga difokuskan kepada pusat-pusat kebajikan yang mengendalikan jagaan kanak-kanak.
- Kerjasama dengan Fasiliti Kesihatan Swasta
Meningkatkan kerjasama dengan Fasiliti Kesihatan Swasta bagi meningkat promosi kepentingan suntikan vaksin di kalangan ibu-bapa.
-
Apakah cara untuk memberi pendedahan kefahaman masyarakat tentang kepentingan pengambilan vaksin?
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan pengambilan vaksin. Antara strategi yang dijalankan adalah;-
Menganjurkan Kempen Bulan Imunisasi Peringkat Negeri Selangor dengan menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat, antaranya ialah;-
Mengadakan Seminar Kepentingan Imunisasi Peringkat Negeri Selangor dengan melibatkan pihak JAKIM dan Jabatan Mufti Selangor pada 31 Mei 2016.
Mengadakan program bual-bicara berkenaan isu vaksin dengan orang awam di bawah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah;-
- Forum Pemikiran Bangi: Vaksin: mengharmonikan sunnatullah (sains) & syariatullah (agama) pada 16 Jun 2016
- Forum Kesedaran Imunisasi Peringkat daerah Petaling pada 26 Mac 2016
- Bengkel ‘ Konsep dan Kontroversi pemberian Vaksin’ pada 8 April 2016 anjuran PKD Kuala Langat
- Program Kesedaran Imunisasi 2016 pada 7 Mei 2016 di Klinik Kesihatan Bukit Changgang
- Mewar-warkan tentang kepentingan imunisasi melalui khutbah Jumaat dengan kerjasama Jawatankuasa Khutbah Selangor, JAIS pada 15 Julai 2016
- Meningkatkan promosi di fasiliti kesihatan dan kem-kem kesihatan berkenaan imunisasi melalui pemberian pamphlet, banner dan sebagainya.
- Meningkatkan promosi melalui media masa seperti facebook dan
- Menghasilkan video klip berkenaan kepentingan vaksin dan boleh ditonton melalui laman sesawang Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.