Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

212) PEMERIKSAAN KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN DI DUN MERU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah premis makanan berlesen dan tanpa lesen?

    Jumlah premis makanan adalah sebanyak 4676.

  2. Berapa kalikah pemeriksaan telah dilaksanakan sejak 2016?

    Pihak Majlis Perbandaran Klang telah memeriksa sebanyak 850 premis makanan bermula Januari sehingga September 2016.

     

  3. Apakah syarat-syarat pematuhan kebersihan premis makanan?

    Di antara syarat-syarat pematuhan kebersihan premis makanan adalah :-

     

    • Setiap pengendali makanan diwajibkan mendapatkan suntikan anti thypoid bagi mengelakkan sebarang kemungkinan keracunan makanan
    • Menyusun atur bahan mentah / makanan di dalam peti sejuk dengan baik dan teratur
    • Menguruskan sisa makanan dan sampah dengan baik dan teratur.
    • Gunakan tong sampah yang berpenutup untuk menyimpan sisa makanan.
    • Menjaga kebersihan ruang memasak / dapur dengan baik dan sempurna
    • Menyelenggara dan memasang perangkap minyak
    • Longkang diselenggara dengan baik, tiada sisa makanan terus dialirkan ke dalam longkang
    • Makanan masak ditutup dengan penutup sempurna dan menggunakan pemanas bagi memanaskan makanan masak
    • Pekerja hendaklah memakai pakaian lengkap berserta topi apron dan kasut
    • Tidak menggunakan lorong belakang untuk memasak / membasuh makanan
    • Memastikan lantai tidak pecah / licin / berlubang.
    • Peralatan yang tidak digunakan perlu dikeluarkan daripada premis makanan
    • Tidak dibenarkan mencuci peralatan / pinggan mangkuk di atas lantai
    • Setiap pengendalian makanan wajib menghadiri kursus pengendalian makanan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
    • Kawalan LILATI di premis makanan

Lampiran

Tiada Lampiran.