Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

208) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERTANIAN (PIPP)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sumber pengeluaran pertanian baru bagi Selangor dalam tempoh 2016-2025?

    Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pertanian (PIPP) Selangor masih lagi di dalam peringkat kajian dan dijangka akan selesai pada bulan Disember 2016. Walau bagaimanapun, melalui pelan induk tersebut Kerajaan Negeri berharap akan dapat melaksanakan projek-projek pertanian yang berkonsepkan pertanian moden dengan mengoptimakan tanah-tanah yang berkeluasan kecil tetapi boleh menghasilkan pengeluaran yang tinggi seperti contoh tanaman berkonsepkan fertigasi.

  2. Bilakah Selangor dijangka mencapai self sufficient level untuk komoditi tanaman, penternakan dan pertanian

    Untuk Negeri Selangor mencapai tahap 100% self sufficient level (SSL) di dalam sektor pertanian adalah amat sukar memandangkan keperluan tanah yang luas adalah merupakan faktor utama. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan cuba untuk mencapai sekurang-kurangnya 50% SSL di dalam pengeluaran hasil pertanian tertentu seperti sayur-sayuran, tanaman kontan dan buah-buahan serta pengeluaran ayam pedaging. Namun begitu, hanya telur ayam dan kelapa sahaja yang pada ketika ini telahpun mencapai 100%

  3. Apakah sasaran pendapatan petani sepenuh masa dalam tempoh 2016-2025?

    Kerajaan Negeri mensasarkan pendapatan bersih petani sepenuh masa sekurang-kurangnya RM3,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun sasaran menjelang tahun 2025 adalah sebanyak RM5,000.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.