Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

192) PELARIAN UNCHR DI SELANGOR TINGGAL DI RUMAH PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri berkenaan pelarian-pelarian memegang kad UNCHR semakin bertambah yang berpuluh-puluh tinggal di rumah pangsapuri kos rendah yang sama?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai apa-apa pelan tindakan berkenaan pelarian-pelarian memegang kad UNCHR memandang bidang kuasa berhubung pelarian bukan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

  2. Sama ada terdapat mekanisma untuk menangani cabaran ini yang telah membebankan JMB/MC dalam pengurusan sampah dan sebagainya

    Kerajaan Negeri sentiasa membantu JMB/MC perumahan kos rendah ini terutama dalam pengurusan sampah khususnya bagi kawasan perumahan bertingkat   kos  rendah  dan   sederhana , Kerajaan Negeri pada tahun 2016 telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal bermula bulan Mei 2016  hingga Disember 2016 di mana tumpuan yang diberikan kepada kawasan-kawasan hotspot Denggi (kawasan berpotensi menjadi hotspot)  dengan peruntukan sebanyak RM1,344,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.