Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
179) CADANGAN SEBAHAGIAN HUTAN SIMPAN SG PUTEH DIKELUARKAN DARIPADA STATUS HUTAN SIMPAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bantahan penduduk-penduduk terhadap cadangan Hutan Simpan Sg Puteh dikeluarkan daripada status hutan simpan?
Pada masa kini, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah siap menyediakan laporan analisa ke atas surat bantahan yang diterima daripada penduduk sekitar yang tinggal berhampiran denagn HS Bukit Sg Puteh. Daripada keputusan analisa mendapati bahawa terdapat sejumlah lapan (8) bantahan dan selainnya adalah surat bantahan secara berulang-ulang mengenai perkara yang sama.
-
Bilakah pendengaran bantahan tersebut akan diadakan?
Penyiasatan Awan mengenai cadangan pengeluaran Hutan Simpan Bukit Sg. Puteh akan diadakan dalam masa terdekat atau sebelum penghujung tahun 2016.
-
Apakah asas-asas/petua Kerajaan pegang dalam mempertimbangkan bantahanbantahan penduduk?
Secara dasarnya, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mengeluarkan sebahagian daripada kedua-dua Hutan Simpan Bukit Sg Puteh Utara dan Hutan Simpan Bukit Sg Puteh Selatan dengan keluasan lebih kurang 30.0 ha dan akan dibuat penggantian dengan Tanah Kerajaan yang dibeli oleh pihak konsesi projek Lebuhraya SUKE untuk dijadikan Hutan Simpanan Kekal dengan keluaan lebih kurang 52.0 ha. Selain itu, pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah mengambil langkah proaktif dimana pewartaan keluar / masuk HSK dilakukan secara serentak. Disamping itu, penggantian kawasan HSK yang lebih luas sekaligus akan dapat meningkatkatkan jumlah keseluruhan HSK di Negeri Selangor.
Sebelum, pihak Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk memberi kelulusan ke atas projek Lebuhraya SUKE, pihak Kerajaan Negeri telah memastikan bahawa ke semua peraturan dan syarat yang ditetapkan dan berkuatkuasa dari semasa ke semasa akan terlebih dahulu dipatuhi oleh pihak pemaju projek yang meliputi pelbagai aspek seperti alam sekitar, bunyi, impak sosial, trafik, langkah-langkah mitigasi dan sebagainya.
Pada masa kini, projek-projek pembangunan yang melibatkan penggunaan / pengeluaran kawasan HSK, pihak Kerajaan Negeri Selangor hanya akan mempertimbangkan kelulusan bagi projek-projek pembangunan untuk kemudahan orang awam dan seterusnya banyak memberikan manafaat kepada orang awam secara keseluruhannya.