Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
171) BANTUAN BENCANA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan khas melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang diurussetiakan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Peruntukan daripada Tabung Bencana Khas Negeri Selangor tersebut pula disalurkan kepada sembilan (9) Tabung Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing.
-
Bagaimanakah kaedah pengagihan kepada mangsa bencana?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan sumbangan kepada mangsa bencana dalam bentuk kewangan dan pek makanan kering. Kadar sumbangan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana dengan kadar tertentu adalah seperti jadual berikut:
Bil. Perkara Kadar Maksimum (RM) 1. Mangsa banjir a. Banjir
b. Banjir kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)
500.00
250.00
(kadar maksimum setahun)
2. Mangsa kebakaran a. Musnah keseluruhan
b. Musnah sebahagian
500.00
250.00
3. Mangsa tanah runtuh dan ribut 500.00 4. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia 1,000.00