Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

159) KEPUTUSAN KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam keadaan apakah keputusan sesuatu permohonan kepada kerajaan tempatan diperlu dibawa ke mesyuarat penuh kerajaan tempatan?

    Mesyuarat Kerajaan Tempatan  adalah mesyuarat- mesyuarat  yang diadakan oleh PBT bagi memperakui semua perjalanan urusan PBT seperti yang telah di peruntukan oleh Akta 171: Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana terbahagi kepada dua (2) jenis mesyuarat iaitu Mesyuarat Biasa dan Mesyuarat Khas. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut :-

    1. Bajet perjawatan dan kewangan
    2. Laporan mesyuarat jawatankuasa tetap
    3. Cadangan dasar, polisi, garis panduan, undang-undang kecil, enakmen dan lain-lain yang berkaitan perundangan.
    4. Rancangan Tempatan, Pembangunan Kawasan Khas dan pindaannya

    Selain itu PBT juga mengadakan mesyuarat khas yang membincangkan perkara-perkara khusus melalui  Mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa tetap antaranya:-

    –           Jawatankuasa Kewangan

    –           Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan

    –           Jawatankuasa Infrastruktur

    –           Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar

    –           Jawatankuasa Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat

    –           Jawatankuasa Belia dan Kemasyarakatan

    –           Jawatankuasa Pusat Sehenti (Perancangan Pembangunan)

    –           Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat

     

  2. Adakah sesuatu keputusan tidak sah jika tidak dibawa ke mesyuarat penuh kerajaan tempatan?

    Apa-apa permohonan yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tetap, perlu di bentang dan diterima oleh Mesyuarat Majlis walau bagaimanapun peruntukan Seksyen 30 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memberi kuasa luar biasa kepada Datuk Bandar atau Yang Dipertua di mana boleh mengarahkan supaya dilaksanakan dengan segera apa-apa kerja atau dilakukan apa-apa perbuatan untuk keselamatan nyawa atau harta, dan boleh mengarahkan supaya belanja mengenainya dibayar daripada Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan hendaklah melaporkan hal yang demikian itu pada mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu yang berikutnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.